Kadang-Kadang Kita Terlupa…

Aku nak cerita gak tentang perhimpunan keluarga beta. Kau orang nak tau ke, tak nak tau ke, aku nak cerita gak… eheks…!

Percutian yang penat tapi fun! Makanan pun sedap! Ofkoz ada BBQ. Nak kata bercuti dengan kembali ke alam semula jadi tu tak le sebab tak ada siapa yang telanjang di khalayak ramai dan tempat percutian tu pun bukanlah hutan sehutan-hutannya. Tapi kiranya tepi laut pun semula jadi le juga kan? Bukan ke?

Bila semua ahli keluarga, adik-beradik, sepupu-sepapat berserta anggota keluarga masing-masing dah tiba — berderet-deret kereta memasing macam kedai used car. Walaweh! Apa pasal kau orang punya kereta semua warna hitam ni hah? Aiyooo…! Hitam itu menawan ek? Kereta warna hitam ni kiranya trend semasa zaman kini ek? Bukan ke? Ke? Tak mau selang-seli dengan warna kuning?

On a serious note, kadang-kadang kita terlupa betapa antara makhluk Tuhan yang paling hampir dengan kita di dunia ni ialah keluarga kita. Tapi pertelingkahan yang paling dahsyat pun antara keluarga juga. Air dicincang takkan putus, kata orang tua-tua Melayu. Tapi tu semua sebelum SYABAS ambil alih laaa… eheks… Eh? Seriuslah… serius sikit! Eheks…

SMS petang tadi daripada dia orang sendat berbaur penghargaan. Sebenarnya tak ada penghargaan yang boleh dinilai apabila berbicara tentang kekeluargaan. Tak mungkin dapat dibeli… Dan yang itulah yang kadang-kadang kita terlupa…

Advertisements

14 Respons to “Kadang-Kadang Kita Terlupa…”

  1. lu masih marahkan SYABAS????
    ahahah eheks!!

  2. bro ade tak sedara lu yang pompuan tak kawen lagi?

    *muhahahaha

  3. percutian yang memang penat. tapi seronok.
    apapun, pak utih memang yang paling champion!

  4. beratur semuaaa….nak salammmmm….
    ada pakai name tag tak???
    🙂
    salam….

  5. err lu orang sedara ke?

    • Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara… eheks…

      Dia ialah bapa kepada cucu kepada abah kepada abah gua yang anaknya ialah abah gua punya adik.

      Gambar yang last tu, yang berdiri dekat kereta sambil memandang jari kaki sendiri tu ialah pyerudz le tu.

  6. hi naj… emm… beskan dpt kumpul camtu…. dah lama gak abah ita tak wat camtu, kali terakhir wat di tioman. tp ita tak suka, bila dah jumpa reramai, asyik dok tanya ita – bila nak kawen…. ekekek

    p/s: errr… ler tulung rekemenkan mana2 sedara naj yg masih bujang…. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: