Aiskrim Malaysia Berperisa Apa?

Zaman aku belum baligh dulu, orang buat aiskrim Malaysia bancuh air gula campur sebiji asam boi. Macam tu juga dengan aiskrim kacang merah dan Milo. Tak banyak choice sebab leceh nak buat.

Tak lama lepas tu minuman kordial masuk pasaran Malaysia. Aiskrim Malaysia semakin pupus. Plastik aiskrim Malaysia pun susah nak jumpa lagi. Orang lebih suka minum kordial oren. Tak lama lepas tu manusia cipta macam-macam perisa kordial lagi — kordial epal, kordial blackberry, bla bla bla… Kemudian perisa buah tropika pun masuk senarai ciptaan. Sekarang pergi kebanyakan kedai makan boleh dapat kordial jambu batu, kordial mangga, kordial kedondong, kordial nenas… bahkan kordial asam boi pun ada.

Dalam keadaan dah begitu mudah nak produce minuman berperisa asam boi dan macam-macam buah ni, kenapa aiskrim Malaysia tak hidup kembali ek? Daripada hanya tiga perisa, sekarang sepatutnya aiskrim Malaysia dah boleh wujud dalam puluhan perisa kan? Aiskrim jambu batu, mangga, kedondong, nenas, epal, oren, rambutan, bla bla bla… Bukan ke? Ke?

Ada sesiapa nak rejuvenate bisnes aiskrim Malaysia ni tak? Mass production?

Advertisements

12 Respons to “Aiskrim Malaysia Berperisa Apa?”

  1. Rindu aiskrim Malaysia, tapi mudah kena batuk kalu makan ni.
    Byw, kalu I buat sendiri, I lebih suka buat perisa Bubur Kacang Hijau tuh. Layannnnn!

  2. sepatutnya…. sepatutnya…..

    bagi salam.. hulur 5sen…. cabut kayuh basikal…. mengetedaghah ais krim malaysia….

  3. best betul aiskrim malaysia perisa asam boi. layan woh!

  4. eskrim perisa milo la best….

  5. bleh tau tak mcm mna nak buat bubur kacang tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: