Gewe Molek-Molek Hok Sapo?

Tahniah kepada beta laaa… sebab buat pertama kali seumur hidup akhirnya aku dapat menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Eheks! Semalam pagi aku naik flight ke Pengkalan Chepa dan pulang ke KL pada malamnya. By the way… apa ke jadahnya depa panggil ‘Sepang’ tu ‘KL’ International Airport ek?

Aku tak sampai ke Kota Baharu pun. Sekadar Bachok je. Orang kata gewe Kelate cantik molek-molek manis-manis belaka. Maka radar aku pun dipasang full power sepanjang perjalanan dalam teksi dari airport Pengkalan Chepa ke Bachok. Jauh bedo’oh juga Pengkalan Chepa—Bachok ni rupa-rupanya. Aku ingatkan dekat. Tak apalah, banyak sikit masa nak ‘meradar’ gewe.

Tetapi… adoi laaa… Mana pergi gewe-gewe Kelate nih? Makcik gewe banyak le. Gadis-gadisnya di mana…? Adoi laaa… Dia orang bersembunyi dalam rumah atau semua masing-masing kerja kat pejabat? Pejabat mana? Waaa… depa sorok sungguh anak-anak dara dia orang ni ek?

Kecewa gak tak dapat tengok gewe-gewe manis molek Kelate. Tapi baguslah tu kan? But then again, malamnya on the way ke airport dari Bachok, tu dia! Bersepah-sepah kat sana sini gewe manis molek! Pandang kanan nampak, pandang kiri nampak, pandang bawah dengan atas je tak nampak. Lorrr… dia orang ni bersembunyi waktu siang dan keluar waktu malam ke? Datang dari mana dan nak ke mana dia orang ni semua waktu malam ni?

Apa-apa hal pun, aku pernah merasa le ada gewe Kelate dulu. ‘Merasa’ rasa-rasa habih semuo dah laaa… perghhh… aiyarrrkkk…!

Tapi sahabat aku di Kelantan tu kata lebih kurang “Oghe Kelate nih, hok oghe hok dio… hok dio, hah… jange kacau deh!” Takuuuttt…!

p/s: Weh… Misha Omar tu mek Kelate kan? Bukan ke?

Advertisements

21 Respons to “Gewe Molek-Molek Hok Sapo?”

  1. Statement yang last tu ambo setuju sangat…! Hok depa jangan kacau, depa kacau hok orang bleh plak? ewahhhh…

  2. klia… tu haram jadah…

    eh tak cun la gewe sane… ehehe…
    teringin jugak… yehuuuuuu

  3. memalam baru nampak?tu bukan orang kot!

  4. gewe doh maghi kl.

  5. Gewe kelate dok rumah, sebab demo nak mari kelate. Wat gapo di Bachok tu, ada gewe comel di bachok di pantai pada sebelah petang.

  6. phatlee Says:

    demo g kelate tok ghoyak ko kawe…demo g pata irama dok? kalu demo nok tengok hok gewe come, bakpo demo g kelate? gewe kelate rama doh dok KL…tapi hok oghe la… hehhe…tapi hok brader muqay ghoyak tu betul..demo g sano, gewe hok come kena simpan dale ghumoh…

    lama x speaking kelantan nih…hehehe…

  7. gewe kelate, harap muko jo chomey, hok bahagie lain dok chomey….

  8. […] Eye View Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan Air Asia hari tu, aku terperasan muka bumi kat bawah ni. Aku tak sure sama ada tu muka bumi Kelantan atau bukan, […]

  9. org kelantan mcm korg la.ada cntk ada hudoh supo tahik.ahahaha.puok2 demo banyokke nyo tubik male nga pete jah.kalu pg demo xleh tgok.ahaha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: