Mengucap… Mengucap… Mengucap…

Siapa yang bawa masuk budaya ucapan ni ek? Majlis perasmian – berucap. Majlis penyampaian hadiah – berucap. Majlis makan malam – berucap. Majlis lawatan menteri – berucap. Majlis jamuan hari raya – berucap. Majlis iftar Ramadan – berucap. Majlis korban Aidil Adha – berucap. Sampai majlis kenduri kahwin dan kenduri arwah pun orang start dengan berucap dulu kan sekarang ni?

Kalau kat sekolah yang berucap ialah Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin, Guru Pengawas, Pengerusi PIBG sampai membawa kepada Ketua Pengawas dan Ketua Murid pun kena berucap. Berucap ni tengok majlis dan tengok siapa yang ada agaknya ya? Ketua Kampung, Tok Penghulu, Ketua Rumah Sukan, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, CEO, Ketua Polis, Ketua Kerani, Ketua Pos, Ketua Mafia, Imam Besar, Khatib Besar, Imam Kanan, Khatib Kanan, Khatib Kiri, Khatib Kanan Kiri, Pegawai Daerah, Pegawai Tak Berdaerah, bla bla bla…

Ofkoz yang paling kemuncak kepada kemuncak segala puncak menuju puncak ialah orang yang berucap tak pakai teks. Kompem tak ada brake, sama ada handbrake mahupun footbrake. Biasanya dia datang majlis dan mulakan ucapan tak ikut jam orang lain. Dia datang ikut jam dia. Panjang ucapannya pun ikut jam dia juga.

InsyaAllah orang yang biasa berucap dan suka berucap akan sempat mengucap juga sebelum tercungap-cungap… Mudah-mudahan… Tapi orang ‘alim kata orang yang banyak bercakap ni biasanya banyak dosa. Alamak! Bercakap dengan menulis ni bukan ke lebih kurang sama? Aiyaaarrrkkk…!!! Astaghfirullaahal ‘azhiimmm…

Advertisements

12 Respons to “Mengucap… Mengucap… Mengucap…”

  1. DrSinga Says:

    selalu timing datang majlis selepas upacara ucap-berucap…

  2. ehehe… lu ade mic… gua nak berucap…

    • Cet! Ello… Mic gua dah bertahun-tahun bukan lagi mic universal atau unisex tau. Sekarang mic gua hanya untuk kegunaan orang perempuan saja… cet! Tapi apa-apa hal pun, mic gua masih lagi up-to-date dan sentiasa pergi maintenance & repair schedule. Masih mantap, kabel power dan aliran arus elektriknya kuat, cepat, serta very mengejangkan kalau terkena! Eheks… Errr.. Ada mana-mana awex yang tak percaya feel free to try… aharks!

  3. Kadang2 nak tunggu habis kata-kata aluan dia jer sampai 3,4 minit.. belum lagi isi kandungan…

    lagi ramai tetamu, lagi panjang alu-aluan dia…. adehhhh!

  4. tak payah berucap-berucap nih, buang masa je.

  5. berucap 5 minit dan orang paham takpa.ini kengkadang meleret leret cerita atok nenek dia buat pe…

    yang penting makan!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: