Arkib untuk Jun, 2010

Biar Bengkok Asal Bijak?

Posted in Bodoh, Budak, Pendidikan on 28 Jun 2010 by Najwa Aiman

Hari tu ada gak aku tulis tentang budak sekolah beg berat. Pagi tadi dalam Hot FM depa bincang isu ni. Aku tak dapat dengar habis. Apa kesudahannya ek? Yang aku sempat dengar ialah komen sorang pemanggil bernama Cikgu Ismail kalau tak silap. Antara komen Cikgu Ismail ialah “Berat beg tu melambangkan berat ilmu yang diperolehi.” Lebih kurang begitulah bunyinya. Maka kalau nak lebih banyak ilmu, maka kena datang sekolah dalam lori kan? Isi penuh lori tu dengan buku. Bawa tiga lori, atau bawa treler kontena 40 kaki. InsyaAllah anak-anak kita semua jadi pandai nanti walaupun masing-masing badan bengkok akibat scoliosis. Tak apalah kan badan bengkok asalkan pandai, kan? Bukan ke? Ke?

Karnival Jubli Emas SKPJ Update

Posted in Iklan on 26 Jun 2010 by Najwa Aiman

Update 26 Jun 2010: Majlis Makan Malam akan diadakan di Armada PJ. Bayaran ialah sebanyak RM100 seorang dan boleh dibuat melalui deposit ke akaun Bank UOB atas nama PIBG SK PETALING JAYA. Sila maklumkan tentang pembayaran tersebut dengan faks (03-77830051). Untuk menghantar softcopy slip deposit secara emal, sila hantarkan ke ellzena@yahoo.com.

Maklumat lanjut di Facebook SKPJ.

Pudu

Posted in Kapitalis, Sejarah on 25 Jun 2010 by Najwa Aiman

Dalam Kosmo! hari ni ada rencana berjudul Penamat Riwayat Penjara Pudu. Phatlee pun ada tulis tentang ni di blognya.

Suatu masa dulu tembok Pudu Jail ni pernah masuk buku Guinness World Record sebagai mural terpanjang di dunia, dilukis oleh banduan. Aku dapat tengok proses melukis tu dibuat sebab setiap hari bas sekolah asrama akan lalu sebelah Pudu Jail tu bila bawa kami balik dari sekolah ke asrama. Gambar pantai. Cantik sangat! Aku fikir bila siap nanti dia orang akan buat sesuatu di dinding tu untuk protect hasil lukisan mural yang cantik tu. Rupa-rupanya tak pun. Semakin lama cat dinding tu terkopek-kopek. Habislah sudah mural terpanjang dunia.

Bila Pudu Jail yang dibina seputar 1890’an tu nak diruntuhkan, ada yang bersetuju. Jangan membazir tapak tanah untuk sesuatu yang tak mendatangkan hasil katanya. Lebih baik bina apartment dan pasar raya yang boleh menjana duit. Ada gak yang tak bersetuju. Warisan sejarah Malaysia, katanya. Kita tak boleh kembalikan masa dan peristiwa, maka wajarlah Pudu Jail diwartakan sebagai bangunan warisan. Maka wujudlah perdebatan menarik berkenaannya.

Kau orang fikir macam mana ya? Aku tak masuk campur. Sejak dulu sampai sekarang aku memang akan mengelak dari masuk area tu. Especially kalau tak ada LRT. Tak kuasa aku nak terkepit dan tersepit dalam traffic jam. Sebelah penjara pun boleh jam. Kalau dah jadi pusat komersil dan residensi?

Lengan…

Posted in Feminin, Quips on 22 Jun 2010 by Najwa Aiman

Dah lama dapat beberapa kelakar yang kononnya tentang cara macam mana nak protect password. Tapi aku paling geram dengan gambar yang satu ni. Geram sebab tak dapat tengok rupa paras awek ni. Nak tengok! Nak tengok! Sebab lengannya tu… Ohhh… Lengannya sungguh menggoda aku. Sungguh menepati cita rasa… Ohhh… Aku mahu usap lenganmu… Ohhh… Dari sebahagian rambutmu, pun menepati cita rasa. Dari sebahagian tubuhmu… perghhh…! Aku nak! Aku nak memburu orgasm! Siapakah kau wahai gadis misteri yang berselubung? Tak busuk ke? Tak lemas? Aku nak tengok muka je… Muka je… Belum minta yang anatomi lain pun… Muka je… Pleassseee…!

Kasi Otot Naik Acara Solo

Posted in Maskulin, Perubatan on 22 Jun 2010 by Najwa Aiman

Memang dah lama aku tak main badminton, volleyball, atau pingpong. Apatah lagi bola sepak dan futsal. Dah bertahun-tahun dah pun. Aku pergi gym je. Tak nak buat badan berketul-ketul macam Arnold Schwarzenegger tu. Saja nak sukan acara solo. Sukati aku nak tempo dan rentak macam mana. Dah umur macam ni tak larat nak bersukan acara team lagi. Nanti ahli pasukan sendiri pun membebel kalau aku tak boleh ikut rentak game. Gym is good. Jogging pun okey tapi tak rasa stress pada badan dan tak sakit. “No pain, no gain” kan? Swimming pun okey kalau tak wajib pakai swimming trunk. Auratlah weh! Bengong. Angkat beratlah best. Ada stress. Ada sakit. Dan boleh kasi otot dan urat naik dan tegang.

Tapi dalam banyak peralatan angkat besi dalam gym tu, macam mana nak bagi naik otot zakar ek? Bagi otot zakar berketul-ketul dan urat-urat timbul macam urat lengan gitu. Camne ek? Angkat dumbell pakai batang zakar ke?

Rasa Guna Lidah

Posted in Bebel, Quips, Santap on 21 Jun 2010 by Najwa Aiman

Jarang makan kat fast food, tapi kalau makan kat restoran fast food, lebih suka ambil air strawberry atau iced lemon tea. Not Coke please. Tak tahu le sama ada cuma lidah dan tekak aku sorang atau sememangnya Coke restoran fast food ni kurang sedap berbanding dengan yang dalam tin atau botol yang dibeli dari kedai. Coke di restoran fast food ni rasa macam kelat-kelat tawar. Kenapa ek? Lidah dan tekak aku sorang je kut ek? Atau memang spesifikasi Coke di restoran fast food ni lain?

Bapak Yang Tak Layak

Posted in Bebel, Quips on 21 Jun 2010 by Najwa Aiman

Mereka tak layak diraikan sempena Hari Bapa semalam—

  • Orang perempuan (walaupun dia “berkahwin” dengan perempuan juga)
  • Lelaki yang “berkahwin” dengan lelaki juga
  • Lelaki yang tak ada anak (sama ada anak halal atau anak haram)
  • Lelaki yang tak tau dia ada anak atau tidak (sama ada dengan perempuan halal atau perempuan haram)
  • Bapa ayam
  • Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Perindustrian, Bapa Tidur, Bapa… hmmm… Bapa Mongol? Entah… (sebab “Bapa” di sini bukan merujuk kepada produk yang dihasilkan melalui sperma)

Apakah hukumnya kalau mereka diraikan juga sempena Hari Bapa semalam?
Hukumnya mubah. Tak berdosa. Yang haram dan berdosa ialah aktiviti arak, zina, judi, liwat dan sihaq… eheks…

Apakah alasan bagi hukum di atas?
Tak usah nak cari alasan untuk arak, zina, judi, liwat dan sihaq. Mengada-ngada!