Boikotlah Sesiapa Pun

Hari ni Harian Metro, seperti biasa, akan dapatkan ulasan VIP tertentu bagi laporan dia orang sebelumnya—

‘Boikot produk mereka’
Oleh Amir Abd Hamid
2010/06/12

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam negara ini tidak boleh mengharapkan tindakan pihak berkuasa semata-mata untuk menghukum pengeluar makanan yang mengambil ringan isu halal haram, sebaliknya perlu menggunakan kuasa mereka dengan memboikot produk keluaran syarikat terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, masyarakat Islam perlu berbuat demikian ke atas syarikat pengeluar makanan tertentu apabila ada maklumat sahih dan terbukti berlaku salah laku itu…(baca habis)

Ni apa cerita ni ek? Haaa… begini kisahnya—

…Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Hab Halal Jakim Putrajaya terhadap sebuah kilang di Sungai Petani yang dikesan meletakkan bebola babi dalam satu peti sejuk besar bersama makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola dan kek ikan….

…Harian Metro semalam melaporkan sebahagian besar pekerja kilang terbabit memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila syarikat pengeluar makanan itu dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi dan mencampurkan dengan makanan halal lain.

Rasa-rasanya Muslim semua mesti berkobar-kobar dan bersemangat gilos nak sahut seruan boikot ni kan? Beta sendiri pun tetiba rasa panas semacam je ni. Memang berkobar-kobar menyala-nyala nak boikot nih! Tapi produk apa ni? Jenama apa ya? Kilang apa tu?

Dan memang Harian Metro tak sebut benda tu semua. Dia orang boleh tau dan boleh lapor motif dan sebab-sebab kenapa pembakar masjid bakar masjid walaupun tak interview in person pembakar masjid yang masa tu belum ditangkap pun, tapi dia orang tak boleh bagi tau produk, jenama dan kilang yang buat kerja tak senonoh macam ni. Kau orang boikot je le apa yang kau orang nak boikot termasuk produk dan jenama pengusaha Muslim pun…

Advertisements

6 Respons to “Boikotlah Sesiapa Pun”

  1. Jangan sampai terbakar kelambu sendirik, dah la.

  2. tu diklasfikasikan sebagai laporan dari dalam seluar

  3. ape ke bangangnye tak bagi tau nama……camna nak boikot?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: