Muliakanlah Para Isteri

Muhammad SAW masih dalam keadaan tidak percaya apa yang berlaku. Tidak percaya bahawa Tuhan semesta alam Allah ‘Azzawajalla telah melantik Baginda menjadi Rasul melalui utusan Jibril AS. Bagaimana mungkin Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul?

Tapi Khadijah AS yakin. Khadijah AS meminang Muhammad SAW untuk menjadi suaminya kerana Khadijah AS nampak kualiti diri dan ciri-ciri insan mulia pada diri Muhammd SAW. Khadijah AS yang meyakinkan Muhammad SAW bahawa kalau ada manusia di zaman itu yang dilantik menjadi utusan Allah SWT, Tuhan Semesta Alam, tiada lain yang lebih layak melainkan suaminya Muhammad SAW.

Maka dengan kata-kata lembut isteri Baginda itulah Muhammad SAW menjadi percaya dan yakin bahawa Allah SWT telah melantik dirinya menjadi utusan kepada seluruh umat manusia sehingga hari kiamat.

Jadi janganlah kita lupa tiga perkara daripada peristiwa ini—

  • Bahawasanya Muhammad SAW tidak melihat diri sendiri sebagai seorang yang layak menjadi Rasul pun sebelum itu kerana Baginda sendiri tidak nampak kualiti kemuliaan pada diri Baginda.
  • Bahawasanya seseorang yang mulia itu pasti akan terlihat mulia oleh insan lain.
  • Bahawasanya kekuatan seorang lelaki ialah pada sokongan ikhlas dan tulus isterinya.
Advertisements

2 Respons to “Muliakanlah Para Isteri”

  1. gua sokong……….

    tapi kebanyakan umat muhamad perasan bagus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: