Disebabkan Minyak

Bila beli ikan, kita bayar harga seekor lengkap dengan kepala, isi perut dan sirip. Bila makan kepala, isi perut dan siripnya dibuang. Sama juga macam durian. Kita bayar harga sebiji durian lengkap dengan pangsa, kulit dan durinya. Tapi kemudian durian tu dikupas dan isinya dibungkus sedangkan kulit, duri dan pangsa tu dibuang.

Sebenarnya ni semua salah minyak, kan? Kalau minyak free mesti kita tak perlu bayar harga kepala ikan, isi perut ikan, sirip ikan, kulit durian, duri durian, pangsa durian. Malah kita tak perlu bayar harga hampa beras, kepala ayam, kulit ketam, cengkerang kerang, bla bla bla… Tapi kita bayar juga disebabkan minyak. Kenapa ek?

Agak aku sebab semasa semua benda-benda tu diangkut dari sumbernya ke kedai dan pasar, medium angkutnya terpaksa bayar harga minyak untuk bawa beban kepala ikan, kulit durian dan segala benda yang kita akhirnya buang tu. Maka berterima kasihlah kepada tauke durian yang sanggup kopekkan durian dan bungkus isinya saja kepada kita lalu mengambil kulit dan pangsanya untuk dibuang. Ingat nak angkut saki-baki kulit durian tu tak pakai minyak ke?

Advertisements

4 Respons to “Disebabkan Minyak”

  1. sebenarnya semua salah makanan sebab orang yang bekerja untuk carigali,proses sampai la minyak tu masuk kedalam tangki minyak kereta semuanya perlukan makanan……..

  2. haaaaa…yang ni gua MARAH ni…..gua tak setuju betul…walau tak lekat pon kita perlukan tenaga….

    gua tak setuju…… gua tak setuju……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: