Biar Bengkok Asal Bijak?

Hari tu ada gak aku tulis tentang budak sekolah beg berat. Pagi tadi dalam Hot FM depa bincang isu ni. Aku tak dapat dengar habis. Apa kesudahannya ek? Yang aku sempat dengar ialah komen sorang pemanggil bernama Cikgu Ismail kalau tak silap. Antara komen Cikgu Ismail ialah “Berat beg tu melambangkan berat ilmu yang diperolehi.” Lebih kurang begitulah bunyinya. Maka kalau nak lebih banyak ilmu, maka kena datang sekolah dalam lori kan? Isi penuh lori tu dengan buku. Bawa tiga lori, atau bawa treler kontena 40 kaki. InsyaAllah anak-anak kita semua jadi pandai nanti walaupun masing-masing badan bengkok akibat scoliosis. Tak apalah kan badan bengkok asalkan pandai, kan? Bukan ke? Ke?

Advertisements

14 Respons to “Biar Bengkok Asal Bijak?”

  1. gua skolah dulu…. beg macam pikul seguni getah skrap…
    patut la kebanyakan skolah di malaya tak ade gym..

    • Beg gua masa sekolah dulu memang tak boleh angkat sebelah tangan. Tapi tak seberat beg bebudak sekarang. Mungkin sebab zaman gua dulu, satu subjek hanya ada satu buku teks. Paling banyak pun dua termasuk buku latihan.

      Sekarang, satu subjek sampai lima enam buku. Macam-macam buku. Macam-macam latihan. Kenapa ya?

  2. buku latihan yang meletihkan untuk menganggkat…

    • Idea penyediaan locker di sekolah tu rasa-rasanya bagus juga. Kalau sekolah nak charge sewa pun tak apa asalkan security dan safety ada. Otherwise, serahkan kepada murid-murid untuk pandai-pandai jaga harta sendiri dalam locker tu.

      Alternatively, beralih ke IT sepenuhnya. Kementerian Pelajaran eloklah guna peruntukan lebih sikit dengan cara yang lebih wajar demi pendidikan anak watan.

  3. phatlee Says:

    kalau nak pandai memang kena tunjuk bwk buku banyak2 ek?beg aku dulu bila sandang, nampak mcm seluar jeans sangkut kat bahu jek…hehehe…malas nak bawak buku bebanyak…

    • Bebudak sekolah menengah bawa bilanganbuku yang kurang daripada bebudak sekolah rendah. Bila masuk universiti, kebanyakannya setakat bawa beg berisi dua tiga buah fail je. Mengikut teori Cikgu Ismail, makin tinggi belajar, makin cetek ilmu, sebab makin kurang beban bawa buku… Kan? Kan? Bukan ke? Ke?

  4. phatlee Says:

    owh..kira lagi rendah sekolah lagi bijak la? camtu ek? ke camtuh?

  5. yeke? kalau camtu, bair bawa tak payah ikut jadual..kamus pun dah tebal…

  6. kalu pendapat gua la kan….sistem pembelajaran negara kita salah,so kena la ubah.

    yang pasti kita diajar fakta ikut sahaja kata guru dan pemikiran kreatif terhad.sebagai contoh kemahiran hidup.

    kemahiran hidup mende kalu buat kotak peti surat?

    apasal kementerian pembelajaran taknak buat subjek survival hidup?

    • Ada masyuk tak? Sekolah menengah boleh masyuk PLKN. Peringkat universiti dan kolej boleh masyuk Kem Bina Insan dan BTN. Sekolah rendah…? Kemahiran hidup…? Hmmm…

  7. Salam. agak2 En NA la ada tak orang selangor masih dok ingat lagi yang Selangor ni BN yang perintah. Ala yang macam kita dengar ada beberapa penduduk pedalaman tu la yang dok ingat kita masih dijajah lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: