Arkib untuk Julai, 2010

Bukan Sekadar Tahi

Posted in Bodoh, Pendidikan, Teknologi on 31 Julai 2010 by Najwa Aiman

Dua minggu lepas aku dapat peluang melawat ke dalam loji Indah Water. Loji taik, kata setengah orang. Dapat tengok proses sebenar yang berlaku dalam loji tu. Memang loji besar. Cover lebih setengah juta PE. Bukan… bukan Physical Education. Tetapi Population Equivalent. Lebih kurang maknanya loji tu boleh tampung hasil kumuh daripada lebih setengah juta manusia. Semua gambar dalam entri ni kau orang boleh klik nak kasi besar. Dan kat bawah ni ialah salah satu produk loji tu. Klik le gambar tu.

Produk ni masih peringkat awal saringan. Belum masuk peringkat rawatan air lagi ni. Baru saringan. Dan ya, ni ialah loji rawatan air. Loji taik, kata sesetengah orang. Ni bukan kawasan pelupusan sampah. Dan ya, antara timbunan tu memang ada bekas polisterin, gelas kertas, botol air, plastik snek… bla bla bla… Aku sebenarnya melawat Indah Water atau Alam Flora nih?

Apa sebenarnya yang orang Malaysia ni makan ek? Bila orang Malaysia makan snek, dia orang makan dengan plastik bungkusan snek tu sekali ek? Dan dia orang minum air botol dengan botol-botolnya sekali ek? Maka bila berak, plastik bungkusan snek tu serta botol air tu semua keluar sekali ikut lubang dubur, masuk lubang jamban, flush (tu pun kalau rajin flush) langsung ikut terowong ekspres sampai ke stesen taik tu. Tu kira nasib baik. Kalau nasib tak baik, sangkut dalam terowong bawah tanah tu. Habis melimpah air jamban kat rumah orang sekitaran. Hanya sebab ada manusia pelahap kebulur makan plastik bungkus snek dan telan botol air… ek? Bukan ke? Ke?

Bukan Kerana Sabah

Posted in Bebel, Feminin, Maskulin, Matang on 31 Julai 2010 by Najwa Aiman

Dah alang-alang cerita pasal wanita Sabah kat bawah tu, gatal pula rasanya… Eh? Aiyaaarrrkkk…! Maksud aku, gatal pula rasa nak menulis dan merapu sikit pasal isu yang samalah! Bengong…

Yup… awek Sabah memang macam sambal tumis ikan cencaru — menepati cita rasa akulah. Saiz. Tinggi. Comel. Hiii…! Geram..! Kolej dekat ofis ni memang majoriti student Sabah dan berjantina awek pula! Aku tau dia orang awek dari bukti prima facie. Bukti fizikal belum try lagi. Mungkin sebelum puasa ni kalau tak ada aral melintang. Bila bersembang masa sarapan… adusss… Tetiba je rasa macam nak masuk hospital.

Jadi betul ke lelaki memang akan susah nak bertahan dan palng senang tersungkur kecundang dengan awek Sabah? Entahlah. Buatlah statistik kalau nak tau sangat. Yang aku tahu, rata-rata pertanyaan “Kamu ni orang mana?” atau “Kamu orang Sabah ke?” atau yang seberadik macam tu bukanlah antara pertanyaan lelaki sebelum buat keputusan untuk terpikat mahupun memikat. Awek Indon pun dia orang sapu. Awek Myanmar pun boleh. Awek Cina pun ada selera. Awek India pun boleh keras. Bahkan kalau awek tu penkid sekalipun boleh kasi dia orang tegang tau! Tak percaya suruhlah penkid tu telanjang depan dia orang. Suruhlah. Suruh telanjang depan aku pun tak apa. Aku rela! Aku sudi!

Sebenarnya Tak Sedar Diri

Posted in Feminin, Politik on 31 Julai 2010 by Najwa Aiman

Ada beza ke agakya perspektif orang HR, IR dan layman bila melihat satu-satu senario pejabat? Try this one — Bila sorang staf senior wanita kat ofis resign, bos dia yang juga wanita tak habis-habis bercerita pasal wanita Sabah. Bukan sebab staf yang resign tu wanita Sabah. Bukan juga sebab bos tu sendiri wanita Sabah. Tapi sebab hubby staf yang resign tu akan bertukar ke Sabah.

Maka kata bos wanita tu, staf wanita tu resign sebab sesungguhnya lelaki biasanya kecundang tersungkur di kaki wanita Sabah. Tak ada lelaki yang mampu melawan godaan wanita Sabah. Maka kalau sayang laki, eloklah jangan dibiarkan laki tu bersendirian lama-lama sangat kat Sabah. Maka sebab tu le staf tu resign. Nak membolehkan dia berulang-alik ke Sabah pada bebila masa dia mau. Senang nak spot check. Begitulah kata bos wanita berkuku besi, berkepala batu dan berhati plastik tu.

Mungkin betul juga. Staf yang resign tu dah 15 tahun bekerja kat situ. Lagi empat lima tahun dia akan bersara pun. Apa masalahnya ya? Bersungguh-sungguh benar si bos tu menjaja cerita merata-rata bahawa sebab-musabab staf yang lebih senior daripada dia tu resign ialah kerana wanita Sabah. Apalah agaknya jawapan yang akan keluar dari mulut staf wanita tu sendiri kalau ditanya kepada dia ya? Tak perlu tanya pun sebenarnya. Satu kompeni tu dah boleh agak sebab sebenarnya. Satu kompeni seluruh Malaysia tu dah tahu. Satu kompeni dah risau. Staf tu resign. Yang tinggal ialah bos dia. Satu kompeni dah risau. Satu kompeni dah risau. Satu kompeni dah risau.

Zina…?

Posted in Bahasa, Quips on 30 Julai 2010 by Najwa Aiman

“Mukah” ialah perkataan lain untuk “zina” kan? “Zina” ialah persetubuhan tanpa ikatan nikah yang sah, kan? Tak kiralah sama ada pasangan tu orang bujang atau orang yang dah berkahwin. Orang puteh pula membezakan antara zina orang bujang dengan zina orang yang dah kahwin. “Adultery” dan “fornication”, kan? Macam Californication… eheks…

p/s: Aku diberitahu bahawa Mukah tu ialah nama tempat ke atau daerah ke apa entah, kat negeri Sarawak. Kiranya macam daerah Batang Berjuntai kat Selangor tu le kan? Hmmm… macam berkaitan tapi jauh… hmmm…

Berapa Ramai dan Berapa Berat

Posted in Quips on 30 Julai 2010 by Najwa Aiman

Notis ni memang biasa nampak dalam lif kebanyakan bangunan di Malaysia ni, kan? “15 ORANG ATAU 1021 KG”. Maknanya purata berat badan orang Malaysia ialah lebih kurang 70 kg. Kau orang punya berat badan above average atau below average?

Guna Sukarela, Caj Paksarela

Posted in Bebel, Teknologi, Undang-undang on 28 Julai 2010 by Najwa Aiman

Sekadar curious — kau orang pernah tak terima SMS yang sama daripada pengirim yang sama dua kali atau lebih secara berturut-turut? Aku kerap juga terima SMS macam tu. Tak kiralah nombor mana yang hantar. Biasanya 012 dan 013 dan biasanya talian prepaid. Bila dia orang hantar SMS, selang beberapa saat SMS yang sama masuk lagi ke dalam henpon aku. Tapi pengirim sanggup bersumpah junjung Quran (kau orang percaya tak?) tak mengaku yang dia hantar dua kali atau lebih. Sumpah dia orang  cuma hantar sekali jek. Maknanya, something is wrong with the telco line ek? Aku tak pernah periksa le pula sama ada SMS yang aku hantar pun mengalami nasib yang sama.

Kalau betul ada yang tak kena dengan line, maka persoalannya, penghantaran kedua dan seterusnya tu kena charge tak? Aku tak pernah le pula suruh para gefren dan gundik aku yang hantar SMS tu periksa kredit dia orang. Tapi kalau betul kena caj juga (maknanya kena potong dari kredit prepaid), rasa-rasanya macam boleh demand minta reimburse tu, kan? Bukan ke? Mana boleh dia orang caj kredit pelanggan bagi perkhidmatan yang sama selepas khidmat pertama yang tak digunakan oleh pelanggan, kan? Tak ada elemen intention kat situ, yakni kurang satu ingredient dalam kontrak, maka kontrak tak cukup syarat — no legally binding contract. Charge invalid. Malah mungkin unlawful. Macam bayar GRO untuk satu round, lepas tu terlena. Masa terlena tu GRO tu belasah kita lagi satu round sedangkan kita tak sedar sebab lena berdengkur. Anu kita je yang tak lena. Kita nak bayar GRO tu double ke? Nak bayar ke perkhidmatan yang hanya GRO tu je yang rasa nikmat kelazatannya sedangkan kita tak sedar pun kita sedang diberikan khidmat?

Apa yang aku mencarut ni? Aku mengantuklah! Sekarang ni musim mengawan ke? Kenapa dah dua tiga hari ni aku rasa macam nak mengawan je haaa…? Eh…? Dua tiga hari ni je ke? Bukan ke selama ni memang aku asyik nak mengawan? Jom!

Lebuh Raya Kita Punya!

Posted in Gomen, Undang-undang on 28 Julai 2010 by Najwa Aiman

Dia orang nak enforce peraturan kenderaan berat tak boleh gunakan lebuh raya utara selatan pada masa tertentu di kawasan tertentu ek? Rasa-rasanya nak enforce kat PLUS di stretch Rawang-Sg. Buloh-KL tu kut? Waktunya dari jam 6 am – 9 am kalau tak silap. Entah. Tak perasan. Betul ke? Bila ek?

Dulu rasa-rasanya pernah ada peraturan macam ni untuk Lebuh Raya Persekutuan. Istilah saintifiknya Federal Highway. Rasa-rasanya peraturan tu dan bertaburan sebab setiap pagi berlambak-lambak juga nampaknya kenderaan berat dari lori 1 tan sehinggalah ke lori tangki, bahkan lori hantu, lori setan, lori jin, lori pelesit, lebih-lebih lagi lori mabuk.

Anyways, yang nak kuatkuasakan peraturan ni nanti siapa ek? JKJR? JKR? JKK? JPJ? JAIS? JAWI? PDRM? PEMANDU? PEMADAM? MACC? MCA? MIC?