Arkib untuk 3 Julai 2010

Kertas Kaca Plastik

Posted in Santap on 3 Julai 2010 by Najwa Aiman

Kalau orang hidangkan pinggan dan gelas kertas di majlis kenduri, okey tak? Takkan belum ada orang buat? Zaman aku belum baligh dulu cuma ada KFC dan A&W je kat Malaysia ni. Bila makan kat sana, dai orang serve dalam pinggan tau – entah porcelain ke kaca tak taulah tapi bukan kertas atau plastik. Bebudak sekarang mesti tercekik tulang kalau tetiba KFC dan A&W kembali serve macam tu, kan? Anyways, sekadar nak isi makanan atau minuman je kan? Tapi pinggan dan cawan kertas perlu pokok ditebang. Kalau kaca kita perlu pasir. Sekarang pun dah ada teknologi yang boleh mengembalikan kaca kepada pasir. At least they’re not plastic, kan Miza kan? alamak aiii… teringin nak makan A7W Root Beer Float lak nih… Jom weh! Kau belanja! Aku bayar! Duit kau!