Arkib untuk 4 Julai 2010

Wink! Wink! Eleh…

Posted in Bahasa, Feminin, Quips, Sosial on 4 Julai 2010 by Najwa Aiman

Kenyit mata ni kira isyarat global juga kan? Maksudnya apa ya? Aku cuma tau dua — (1) Menipu. (2) Mengurat atau memikat. Bergantung kepada situasi. Bila menipu, kenyit mata ditujukan kepada orang lain selain daripada orang yang kena tipu. Barangkali tujuannya untuk bagi tau orang lain tu bahawa si kena tipu tu sedang ditipu. Pelik betul. Bila memikat pula, kenyit mata ditujukan kepada orang yang sedang dipikat. Jadi kalau sorang awek kenyit mata kat jantan X dan kemudian kenyit mata kat jantan Y pula yang sedang memerhatikan dia kenyit mata kat jantan X tadi, maknanya awek tu tak mengurat mana-mana pun antara jantan X dan Y tu. Yang hampir pasti ialah kedua-dua jantan mangkuk X dan Y tu kena tipu dengan awek tu… ekekekekekekeke… eheks! Otherwise, ada habuk dalam mata awek tu. Tak pun memang awek tu cacat sikit. Kalau kedua-dua mata dikenyit? Mengantuk le tu… Jom tido!