Arkib untuk 9 Julai 2010

Undang-Undang Klik

Posted in Pendidikan, Teknologi, Undang-undang on 9 Julai 2010 by Najwa Aiman

Bukan loyar aja yang kena rujuk kes dan statute kan? Ada berapa banyak kes dalam Malaysia, UK dan Komanwel ek?Berjuta agaknya? Antara berjuta tu berapa banyak leading cases? Statute pula? Entah. Ada berapa akta dalam Malaysia ni ek? Enakmen bawah kuasa kerajaan negeri pula? Ribu-ribu juga kut? Pendapat aku yang berpendapatan rendah ni le kan, mencari fakta kes, ratio decidendi, obiter dictum, seksyen, rules, bla bla bla… dalam semua kes dan akta tu sekarang mesti mudah kalau semua tu dalam bentuk digital yang boleh diindeks. Mahu cari kes tentang invitation to treat, dua atau tiga klik, jumpa. Mahu cari peruntukan statute tentang pemakaian bra tanpa pakaian lain di pejabat, pun dua tiga klik, jumpa. Sekarang ni dua tiga klik tu hanya boleh digunakan untuk cari gambar-gambar orang yang tak pakai bra aja kan? Ada sesiapa nak venture dalam projek mendigital semua peruntukan undang-undang dalam kes dan statute tak? Giliran undang-undang pula untuk keep up dengan development setelah sekian lama development disuruh keep up dengan undang-undang yang… yang… Hmm… Apa dia dalam undang-undang yang mesti kena keep up dengannya sesangat tu ek?

Vuvuzela… Serunai… Trompet

Posted in Budaya on 9 Julai 2010 by Najwa Aiman

Merata-rata juga orang mencari benda bernama vuvuzela ni. Alat tiupan tradisi masyarakat pribumi Afrika Selatan, khabarnya. Diperbuat daripada tanduk lembu ek? Aku dengar kat TV ke radio entah ada ejen yang menjual ni dengan harga dari RM10 ke RM100 ringgit! Mak aiii…! RM100.00 harga menatang tu? Kompem yang dah beli tu takkan bagi anak sentuh punya… eheks… Unless ofkoz kalau RM100 tu bagi dia orang setakat nilai kacang putih je kut? Bukan ke? Ke?

Tapi seriously… kat mana nak cari menatang ni? Nak cari serunai buluh pun aku tak tau kat mana.