Mengharamkan Bunyi Bising

Baru je hari tu aku fikir nak cari vuvuzela. Alat tradisi ibarat trompet Afrika Selatan yang boleh mengeluarkan bunyi sehingga 127 desibel. Disebabkan kekuatan bunyi tu, maka UAE mengeluarkan fatwa mengharamkan vuvuzela di negara tu sekiranya alat tu mengeluarkan bunyi melebihi 100 desibel sebab ia boleh mengakibatkan rosak pendengaran. Boleh baca ni kat NYDailyNews.com. So far Malaysia belum keluar fatwa macam tu lagi, kan? Tunggu Mesir kut? Malaysia kan memang suka banget ikut fatwa Mesir, kan? Siren polis, ambulan, bomba, kilang tu semua berapa desibel ek? Alarm kereta, pejabat, bank tu semua? Apa lagi yang sama atau lebih kuat bisingnya daripada bunyi kereta api melintas? Ada tak kentut yang bunyinya melebihi 100 desibel?

Advertisements

6 Respons to “Mengharamkan Bunyi Bising”

  1. ada bagaus aku letak kata vespa aku.air horn.
    kalau fatwa bunyi berkuatkuasa.banyak lagi ‘bunyi’ yang akan dikaji untuk ‘difatwakan’…

    • Fatwa kat Malaysia ni ada dua — peringkat Persekutuan atau peringkat negeri. Kalau peringkat negeri, mungkin ada masalah sikit nak kuatkuasa (itu pun kalau dikuatkuasakan le). Misalnya kalau Selangor haramkan vuvuzela (JAIS memang suka banget keluar fatwa haram macam-macam ni) tapi Perak tak keluarkan fatwa yang sama, orang kat Tanjung Malim dan Teluk Intan yang duduk sebelah garisan sempadan boleh tiup vuvuzela sekuat hati dan fatwa haram vuvuzela di Selangor akan jadi mockery di Sabak Bernam… hmmm…

  2. Bunyi bising bukan terletak pada telinga orang atau binatang. Wisel yg tak berbunyi kat kita bunyi dia kuat pada singa laut. Jadi aku rasa kentut mgkn tinggi kuasa bunyinya pada selain manusia.

  3. gua kat opis pantang orang bukak lagu mendayu2 yang membising kan telinga… gua.. berusaha membeli headphone supaya tak mengganggu makhluk lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: