Tak Semestinya Merdu

Kat Malaysia ada sekolah khas untuk mu’adzin tak? Atau semua bilal masjid memang kena masuk kursus anjuran Jabatan Agama dulu? Teringat satu tazkirah Jumaat lama dulu kat Masjid Taman Maju Jaya Cheras bila Tok Imam masjid tu ceritakan satu hadis. Ada sorang pemuda Jefri (bukan nama sebenar sebab aku tak ingat namanya… tak apa kan?) jumpa Rasulullah SAW dan minta supaya dia dibenarkan azan menggantikan Bilal AS sebab katanya dia boleh melaungkan azan dengan lebih baik dan lebih merdu daripada Bilal AS. Rasulullah SAW kata tak payah sebab Bilal AS dah laksanakan seruan azan dengan baik dan sempurna. Kalau tak silap aku tiga kali Jefri jumpa Rasulullah SAW minta dibenarkan azan. Maka pada kali ketiga Rasulullah SAW pun berikan peluang kepadanya dan suruh Jefri azan untuk fardu Subuh keesokan harinya.

Arakian seperti yang dijanjikan, maka Subuh esoknya Si Jefri pun azan menggantikan Bilal AS yang diberikan cuti tanpa rekod. Memang betullah Jefri kata — suara dia memang merdu dan sedap didengar berbanding Bilal AS. Berlagu. Berirama. Ahli jemaah pun kagum mendengar laungan azan Subuh Jefri.

Tapi pada pagi yang sama, bila syuruk menjelma, Jibril AS datang berkunjung menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai RAsulullah. Kamu semua tidak berjemaah Subuh ke tadi?”

Terkejut Rasulullah SAW mendengarnya. Ofkoz dia orang berjemaah Subuh pagi tadi! Kenapa pula Jibril AS kata tidak?

“Sebab selama ni kami semua di langit turut berjemaah berimamkan kamu dalam setiap fardu solat setelah mendengar azan dilaungkan dari masjid ni,” jawab Jibril AS. “Tapi Subuh tadi kami tak mendengar seruan azan daripada masjid ni.”

Ooo… rupa-rupanya bukan kemerduan suara yang menjadi ukuran keberkatan azan. Walaupun laungan azan Bilal AS tak merdu dan tak sedap sangat berbanding Jefri, tetapi seruan azan Jefri tak sampai ke langit, sedangkan seruan azan Bilal AS yang tak sedap tu didengari seluruh malaikat di langit sehinggakan mereka semua turut berjemaah menyahut seruan azan Bilal AS.

Dan itulah jawapan aku, wahai sahabat. Mengapa aku cukup tak gemar dengar azan yang mendayu-dayu? Dah macam bunyi irama lagu Melayu asli. Yang bunyi macam dondang sayang pun ada. Memanglah sedap di telinga tapi bila kira harakatnya… Ya Rabbi… Habis hukum tajwid dilanggarnya. Seruan azan dah tercemar menjadi laungan muzik berirama yang kosong. Bukan ke azan tu merupakan seruan dakwah yang terbaik? Setiap kali azan dilaungkan maka bertempiaran lintang-pukang syaitan dan iblis melarikan diri ke dalam tandas sehingga mereka cedera parah. Mereka terpaksa merawat kecederaan menggunakan air kencing orang yang kencing berdiri.

Tak apa azan tak sedap asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Apakah syarat dan rukun azan? Errr… pergilah tanya orang alim! Manalah aku tau!

Advertisements

10 Respons to “Tak Semestinya Merdu”

  1. terimakasih untuk tazkirah ini 😀

  2. haa. yang penting objektifnya…misinya…

    • Objektifnya ialah menyeru Muslimin bersolat jemaah. Misinya ialah melaungkan seruan azan tu seluas kawasan yang boleh supaya lebih ramai dapat dengar.

      Betul ke jawapan aku tu?

  3. kalau azan kat astro (ch106) tu, saya tak berapa gemar bila akhil hayy yang azan. entahlah. cuba tonton dan nilai sendiri kelak.

    • Pernah tonton dan dengar. Beta setuju…!

    • tu dodoi berzikir… tak dengar macam azan…

      • ‘Dodoi’ ni bagi orang utara ialah kuih ‘dodol’ tu kan? Bagi orang kampung aku pula kami panggil ‘lullaby’ atau lagu tidur… eheks… Kalau azan berdodoi tu suruh orang yang sedang tidur bangkit bersolat atau suruh orang yang sedang berjaga pergi tidur? En passant, puasa nak dekat. Bayangan dodol pun dah nampak dah ni. Taruh durian sikit. Perghhh…! Lazat!

  4. Salam. Agak2nya kalau Kerajaan Pusat Belanda sogok si Paul Sotong Kurita dengan Kain Pelikat n duit 50 ringgit, dia undi Belanda tak?.?.?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: