Instant All In One

Siapa pandai bancuh air? Berapa sudu kopi? berapa sudu gula? Berapa sudu susu? Tak payah dah sekarang. Semua orang boleh bancuh macam-macam air — Nescafe, Milo, Horlicks, Ali Cafe, Tongkat Ali, Radix, Kopi Jantan, Kopi Betina, Kopi Pondan, bla bla bla… Semua All-in-One dan “All” ialah angkubah (isitilah zaman aku baru nak menggatal) atau variable (istilah zaman aku nak menggatal semula. Jangan risau. Lepas ni DBP akan ubah semula kepada angkubah. Memang itulah kerja dia orang sebagai tanda dinamik). Sebagai angkubah ia boleh jadi 3-in-1, boleh jadi 5-in-1, malah kalau nak jadi 15-in-1 pun boleh. Kahwin dengan mana-mana perempuan pun, bila bancuh Nescafe, begitulah rasanya. Kalau kahwin serentak empat perempuan pun, siapa-siapa antara empat tu bancuh Milo, begitulah juga rasanya. Kalau tak kahwin sekalipun, sendiri bancuh ke, kedai bancuh ke, kedai situ atau kedai sini bancuh ke, Indon bancuh ke, India bancuh ke, Myanmar bancuh ke, Malaysia bancuh ke, begitulah juga rasanya. Pergi Singapura ke, Thailand ke, Indonesia ke, Vietnam ke, Amerika ke, Sepanyol ke, Jerman ke, begitulah rasanya. Meriah lagi ke hidup?

Advertisements

4 Respons to “Instant All In One”

  1. ok la tu jangan sampai bini pon boleh pilih 1-2,1-3…

  2. ehehe… susunan angka macam formation pulak…
    yang penting bancuh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: