Arkib untuk 16 Julai 2010

Pasal Apa Lagi…

Posted in Bencana, Ekonomi, Gomen on 16 Julai 2010 by Najwa Aiman

Seperti yang semua orang tahu, gomen dah mulakan pelaksanaan potongan subsidi. Minyak dah naik RM0.05 sen seliter mulai hari ni. Menteri PDNHEP dah bagi amaran kepada peniaga supaya jangan naikkan harga. Takut tak? Eheks… Segerombolan polis yang masing-masing berpistol dan tembak sorang budak sampai mati dalam kereta pun orang tak takut sekarang ni, tau. Demi supaya negara tak bankrap, maka no more subsidy. Dengan erti kata lain, perbelanjaan negara (untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat) lebih tinggi daripada pendapatan. Kalau berlaku macam tu kat kompeni korporat, mesti pekerja semua dah lari pergi ke kompeni lain. Mungkin CEO dan pihak pengurusan pun mesti kena buang. Mesti diganti dengan pasukan pengurusan lain yang boleh tingkatkan pendapatan daripada perbelanjaan dan pada masa yang sama mengekalkan keselesaan dan kesejahteraan pekerja-pekerjanya, especially pekerja yang berkualiti. Bukan ke? Bukan ek? Aku fikir orang yang duduk di atas tu memang tanggungjawab dia orang untuk mencari duit sebanyak mungkin demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan. Bukan ek?