Arkib untuk 23 Julai 2010

“Open Marriage”

Posted in Bencana, Bodoh on 23 Julai 2010 by Najwa Aiman

“Open marriage”? Simple — pasangan suami isteri bebas melakukan seks dengan mana-mana orang lain yang dia suka dengan kerelaan pasangannya. Maknanya si isteri mengizinkan suaminya bersetubuh dengan mana-mana perempuan lain, dan si suami mengizinkan mana-mana jantan lain menyetubuhi isteri dia. Sebab? Orang lain yang tak sah boleh menjadi “aksesori” yang menampal kecacatan dan kelemahan si suami atau isteri yang sah dalam memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Maklumlah, manusia tak sempurna. Tak mungkin suami dapat memberi 100% kebahagiaan kepada isteri dan sebaliknya. Maka bahagian yang tak dapat diberikan oleh suami atau isteri yang sah tu akan diberikan oleh orang lain yang tak sah. Maka totalnya akan jadi 100% akhirnya. Bodoh tak?

Natijahnya bila insan mementingkan diri sendiri. Mencari kelemahan pasangan dan mengambil orang asing sebagai pelengkap? Atau belajar menerima kelemahan pasangan demi untuk keharmonian dan kesejahteraan zuriat?