Arkib untuk 24 Julai 2010

Nak Pecut Atau Nak Berhenti?

Posted in Bebel, Teknologi on 24 Julai 2010 by Najwa Aiman

Kereta lumba zaman awal-awal dulu boleh pergi berapa laju ek? Rasa-rasanya kereta lumba zaman lima puluhan kalau dapat capai 120 kmj dah boleh dianggap laju amat dah tu kan? Kereta lumba tu tau. Tapi kalau dihantar Perodua Kancil ke zaman tu disuruh berlumba dengan kereta lumba tu… hmmm… ‘Semakin laju’ ialah antara perkembangan inovasi industri permotoran kan? Ada satu iklan Volvo siaran TV Eropah (atau Amerika kut? Tak ingat dah) awal 90’an dulu. Yang dijadikan elemen pemasaran bukan kelajuan atau daya pecutan Volvo tu. Bukan tentan volvo tu boleh pergi dari 0 ke 100 kmj dalam 7 saat. Tapi elemen yang dipasarkan ialah Volvo tu boleh pergi dari 100 ke 0 kmj dalam 3 saat (ni pun kalau tak silap aku juga).

Ya tak ya juga kan? Kalau gajah tetiba muncul dari tepi jalan semasa kereta kita berhenti, perlu ke kita pecut dari 0 ke 100 kmj dalam 7 saat? Tapi kalau gajah tu tetiba muncul dari tepi jalan di hadapan kereta kita yang sedang bergerak 100 kmj?

Tanda-Tanda Alam

Posted in Islam, Kapitalis, Santap on 24 Julai 2010 by Najwa Aiman

Di UK, bila bunga daffodil mekar, itu tandanya musim panas sudah tiba. Di Malaysia, bila awek tu dah mula bercakap dalam nada berbisik dalam suara yang seakan seksi lagi menggoda, itu tandanya Ramadan dah dekat. Tapi walaupun awek tu berbisik manja dan seksi dengan echo yang bergema dari corong radio, aku tetap tak stim, sebab dia berbisik seksi menyeru nama Yusuf Taiyoob. Setiap tahun. Rasa-rasanya macam dah lebih tiga empat tahun. Mesti suara berbisik tu juga. Memang tak akan invest duit tu untuk buat iklan baru ek? Kalau gefren berbisik seru nama macam tu hari-hari pun boleh mengubah geli-geli kepada geli-geleman tau.

p/s: Sekarang mungkin masih okey. Tapi akan tiba suatu hari di mana iklan sebegitu tak harus disiarkan di corong radio yang didengari melalui sound system maha canggih pada waktu malam gelap-gelita dalam keadaan bersendirian… if you know what I mean…