Arkib untuk 30 Julai 2010

Zina…?

Posted in Bahasa, Quips on 30 Julai 2010 by Najwa Aiman

“Mukah” ialah perkataan lain untuk “zina” kan? “Zina” ialah persetubuhan tanpa ikatan nikah yang sah, kan? Tak kiralah sama ada pasangan tu orang bujang atau orang yang dah berkahwin. Orang puteh pula membezakan antara zina orang bujang dengan zina orang yang dah kahwin. “Adultery” dan “fornication”, kan? Macam Californication… eheks…

p/s: Aku diberitahu bahawa Mukah tu ialah nama tempat ke atau daerah ke apa entah, kat negeri Sarawak. Kiranya macam daerah Batang Berjuntai kat Selangor tu le kan? Hmmm… macam berkaitan tapi jauh… hmmm…

Berapa Ramai dan Berapa Berat

Posted in Quips on 30 Julai 2010 by Najwa Aiman

Notis ni memang biasa nampak dalam lif kebanyakan bangunan di Malaysia ni, kan? “15 ORANG ATAU 1021 KG”. Maknanya purata berat badan orang Malaysia ialah lebih kurang 70 kg. Kau orang punya berat badan above average atau below average?