Ada Lima (Sukatan) Dalam Tarahim Subuh

Menjelang Ramadan ni, aku amat berharap kita semua sempat menempuhnya dan sempat menyempurnakannya tahun ni, insya-Allah. Moga-moga tahun ni lebih baik amalan kita, dan moga-moga diterima sepenuhnya olel Allah SWT. Kalau tak tambah yang baik-baik pun, setidak-tidaknya kita sama-sama membuang yang tak baik dalam amalan kita di Ramadan yang lalu. Kau orang ada amalan tak baik yang nak dibuang ke?

Antara amalan tak baik yang aku nak cuba buang ialah mengejar waktu nak merokok selepas sahur. Kau orang tahu tarahim tu apa kan? Alah… Ucapan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan empat sahabat mursyid Baginda sebelum azan Subuh dilaungkan tu. Didahului dengan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, dan kemudian ke atas empat sahabat mengikut turutan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayidina Umar al-Khattab, Sayidina Usman bin ‘Affan dan akhirnya Sayidina ‘Ali bin Abi Thalib.

Dan biasanya, dek kerana buruk perangai, aku memang nak gunakan saat-saat akhir ‘boleh makan’ tu untuk merokok. Biasanya kalau tok bilal baru bertarahim sampai Sayidina Abu Bakar, sempat perabih dua batang rokok secara ekspres naga. Tapi kalau dah sampai Sayidina Usman, sebatang saja secara ekpres naga. Dan kalau dah sampai Sayidina ‘Ali tu, setakat dua tiga pam ajelah. Rokok tu tak boleh habis.

Buruk betul perangai gunakan tarahim sebagai penyukat waktu sempat atau tak nak habiskan merokok kan? Kan? Kan? Aiyaaarrrkkk…!!!

Advertisements

4 Respons to “Ada Lima (Sukatan) Dalam Tarahim Subuh”

  1. Amalan baik – khatam Al Quran – sehari satu juzuk. Amalan buruk yang ingat dan pasang niat – nak berhenti merokok. Kekalkan untuk bulan seterusnya.

  2. ape barang sedut rokok laju laju…..

    kena la nikmati imsak dengan tenang….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: