Mukaddimah Ramadan

Hari ke tiga Ramadan. Dah berapa kali so far iftar dalam kenderaan? Eheks…

Pejabat kerajaan habis waktu pejabat pukul berapa sepanjang Ramadan tahun ni ek? Swasta? Biasanya awal setengah jam atau sejam, kan? Trafik jem masih macam tu juga, cuma lebih teruk… ekekekeke… Hari pertama Ramadan hari tu paling teruk. Apa kejadahnya le pula halnya sampai jadi macam tu punya teruk. Dari Pusat Bandar Damansara nak ke Damansara Utama pun sejam lebih! Aiyooo… Akhirnya sampai ke Ipoh jam 10:00 malam. Iftar kat Shell mana entah. Sebelah hentian apa entah kat PLUS tu. Tak tahulah betul ke tidak waktunya. Manalah aku tau waktu iftar kat area tu?

Habislah sudah impian kononnya nak tarawih lengkap tahun ni… aiyaaarrrkkk…! Badan pun penat semacam je bila sampai Ipoh. Penat mencarut agaknya. Tapi masih kuatlah juga untuk turun pergi seberang jalan depan hotel beli burger. Sahur, kononnya. Jam 4:30 pagi bangun juga belasah nasi dan rendang hotel. Lazat juga rendang ayam dan dagingnya. Sup dagingnya pun. Sayur je yang tak berapa best. Layu.

Dua hari pertama Ramadan. Bagi aku kira dugaan gak tu. Kau orang yang kuat iman dan gerenti masuk syurga mesti tak pandang pun kesusahan camtu kan? Kan?

Advertisements

10 Respons to “Mukaddimah Ramadan”

  1. Salam Ramadhan..

    hmmm kira mencabar gak tuh. Bestttt berbuka di tempat orang, terutama sorang-sorang! hahahaha!

  2. Salam. Selamat berpuasa En. N.A. Mesti best terawikh kat Masjid Jamek Kawasan Melayu kan.

  3. setiap manusia berlainan cabaran yang datang.ada yang berbentuk makanan,rokok dan terbesar sekali berbentuk perempuan…

    tapi takpa la,leh cuba try test tengok tahan ketidak

  4. err…bole PM?

    • PM haper ni ek? Personal Message ke atau Perdana menteri ke atau Pembantu Makmal ni? anyways, kalau urusan supply prempuan, lu SMS guna wa punya second henpon number… ehem…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: