Berapa Ekor Ayam Sekali Makan?

Terdengar kat radio pagi tadi jaminan Datuk Timbalan Menteri yang bekalan ayam untuk Ramadan dan Aidil Fitri tahun cukup. Dan rupa-rupanya negara kita dibekalkan dengan 10.5 juta ekor ayam sehari! Mak aiii…!!! Kemaruk ayam betul kita rupa-rupanya!

Tahun lepas kita ada anggaran populasi 28 juta. Kalau sekor ayam dikongsi empat orang, maknanya bekalan sehari ayam cukup untuk 42 juta orang. Aik…? Biar betul…? Atau sebenarnya sekor ayam dikongsi dua orang je? Memang kemaruk ayam betul kita ni weh…!!! Ayam serama pun kita bedal buat lauk ke?

Errr… 10.5 juta ni termasuk ayam kampung ke? Ayam bandar? Ayam sembelih? Ayam cucuk? Ayam betina? Ayam Ipoh? Ayam Vietnam, China, Czechoslovakia, Rusia, Indonesia, bla bla bla…? Tak kut? Sebab yang disebut 10.5 juta ekor. Ayam spesis tu semua mana ada ekor kan? Ada ke? Ke?

Advertisements

12 Respons to “Berapa Ekor Ayam Sekali Makan?”

  1. betul la kata jalil hamid `orang kita mati banyak makan’

    • Akhir zaman beb… Rasulullah SAW kata dekat nak kiamat nanti tak ada orang nak terima zakat sebab semua orang dah kaya-raya.

      Tapi sekarang masih ramai yang meminta-minta terutamanya bulan Ramadan ni. Ambil kesempatan atau memang miskin?

  2. ayam yang hisap2 tu kire tak?? tak kan nak kira yang makan je..!!!

  3. ayam. pernah satu tahap gua tak boleh nak makan ayam, sebab terlalu muak.

  4. Terpaksa ler beli BRO, dah ramai kemaruk Rendang dah niiii.. Takkan ler nak bela ayam plak kat dalam bilik air..

    • Buat rendang daging le. Rendang kambing. Rendang itik. Rendang kucing… perghhh…!

      Sis… bila kita-kita nak buat gathering iftar? Tak pun gathering raya terus beb!

  5. Setakat Ramadhan ni baru sekali makan ayam, tu pun daging carik2, soto ayam la…. my household pun beli ayam like maximum 2x sebulan…. takde hal la kalau tak makan ayam ni……

  6. bakar sendiri je sekarang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: