Hidayah Untuk Siapa?

Aku tak tahu sangat pasal isu ni selain daripada apa yang dilaporkan dalam akhbar je. Isu khutbah Jumaat kat masjid-masjid Penang sebut nama Lim Guan Eng dalam doa kedua tu—

Dengar dengan jelas
2010/08/21

TASEK GELUGOR: Ahli kariah Masjid Jamek Padang Menora, di sini, mengakui doa khutbah kedua solat Jumaat di masjid itu pernah menggunakan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bukan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Beliau tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa, sebaliknya menggantikannya dengan orang Islam secara keseluruhan, mungkin beliau orang luar Pulau Pinang iaitu dari Perak.

“Selepas itu, beliau menyambung doanya dengan menyebut nama Guan Eng dan doa dibacakannya supaya Ketua Menteri mendapat hidayah untuk menerima Islam,” katanya…(baca habis)

Mendoakan Lim Guan Eng yang bukan Muslim tu agar diberikan hidayah? Ooo… tu tak bagus ek? Serius? Maknanya silap le Rasulullah SAW dulu mendoakan hidayah untuk bapa saudara dia Abu Talib yang memang bukan Muslim tu ek? Adoi laaa… Tak boleh rupa-rupanya mendoakan hidayah untuk orang kafir ek? Kena ambil tindakan ek kepada sesiapa yang buat macam tu?

Arah siasat
Oleh Hayati Ibrahim
2010/08/21

PUTRAJAYA: Polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) diminta menyiasat dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di Pulau Pinang, baru-baru ini bagi memastikan kesahihannya…(baca habis)

Aku rasa yang salah ni sebab tak sebut nama DYMM Agong kut? Bukan sebab mendoakan Guan Eng dapat hidayah kut? Kan? Takkan ada mazhab baru buat hukum haram mendoakan hidayah untuk orang kafir kut? Ada ke? Kira macam program ESQ syirik juga ke? Atau sebenarnya melanggar undang-undang dalam Akta Parlimen atau Enakmen Negeri? Bukan ek?

Advertisements

10 Respons to “Hidayah Untuk Siapa?”

  1. kita yg dah Islam ni pun sentiasa memohon diberi hidayah agar tetap di dalam Islam, ini kan mendoakan agar diberi hidayah Islam kepada yang belum memperolehinya…

  2. brutalsolo Says:

    aku suka pada si pembaca kutbah… jika doanya makbul kan tuhan kita berbesar hati

    • Hang mesti Muslim, kan? Tapi brutal.. dan solo… ekekekekekeke…

      Pandangan aku yang miopia ni – apa jua doa untuk kebaikan memang bagus. Tapi apa jua alasan untuk menghalang kebaikan, memang keji sungguh… keji sungguh…

  3. Allah suka yang baik2. Taiyiban……

  4. Tapi ada satu awek tu nama Hidayah. Kitorang selalu ingat hidayah tu untuk siapa? Belum kawin dan malu2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: