Kemalangan Turun, Darah Naik

Kadar tol ada diskaun lagi untuk perayaan Aidilfitri tahun ni. Apa pandangan kalian tentang cadangan Menteri Kerjaraya dalam laporan Metro ni?

Siapa lebih murah hati?
Oleh Saipul Adli Mohamad
2010/08/21

PETALING JAYA: Kadar diskaun tol sempena Aidilfitri akan diumumkan kerajaan pada 2 September ini selepas mendapat maklumat lengkap daripada syarikat konsesi lebuh raya di negara ini…

…Pada masa sama, Shaziman mencadangkan pihak konsesi lebuh raya memberikan diskaun bergantung kepada keupayaan pengguna bergerak dan sampai ke sesuatu lokasi mengikut kelajuan serta jangka masa ditetapkan. “Misalnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa dua jam. Kalau dia sampai dalam tempoh kurang daripada itu, mungkin pada kad Touch n Go dicetak warna merah dan tidak mendapat diskaun.

“Ini perkara yang boleh difikirkan pihak konsesi untuk menggalakkan orang ramai mengikut jadual sepatutnya dan mungkin diskaun itu lebih tinggi kerana tidak ramai yang mendapat diskaun itu berikutan memandu dengan laju…(baca habis)

What do you think? Kalau jadi cadangan tu, aku rasa ada tiga kemungkinan hasilnya — (1) R&R makin sesak sebab ramai nak lepak lama-lama demi memastikan tempoh perjalanan cukup syarat diskaun; (2) Perjalanan lebuh raya makin lembab sebab bongok-bongok yang dulu bawa 80 kmj di lorong paling kanan dan juga lorong tengah kini disertai oleh bangang-bangang yang dulu memandu bak pelesit yang tetiba jadi pemandu bersopan-santun lagi manja demi nak cukupkan tempoh perjalanan diskaun; (3) Rasuah (buat sesuatu sebab berkehendakkan sesuatu) semakin subur mekar menjadi kelopak budaya masyarakat Malaysia.

Anyways, mudah-mudahan jumlah kemalangan berkurangan tahun ni… insya-Allah…

Kau orang balik kampung bini yang mana tahun ni…?

Advertisements

4 Respons to “Kemalangan Turun, Darah Naik”

  1. Cubaan untuk mengurangkan kemalangan mesti disokong. Ops Statistik yang tak pernah berjaya dari semenjak dorang kira dulu menjadikan Malaysia, negara yang tak aman mengikut statistik di baghdad yang berperang. Doakan kurang kemalangan je la. Tol biarla – mampu bayar, kalau tak jgn bergerak

  2. ah… sesak dengan kenderaan perlahan.. kalo gua hentak padel minyak.. pilah dekat sangat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: