Jangan Lupa Zakat Fitrah

Dalam lagu raya tak banyak sebut tentang zakat fitrah berbanding seruan untuk pakai baju baru, makan ketupat rendang sampai muntah, bersalam-salaman dengan sanak saudara tanpa mengira muhrim dan ajnabi, bergembira, melawat handai taulan, bla bla bla… Melawat kubur ada tak?

Anyways, jangan lupa bayar zakat fitrah. Wajib tu. Ada yang memerlukan, macam laporan Metro ni—

Makanan harian dicatu
Oleh Nazdy Harun
2010/08/21

KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan tidak mempunyai pilihan melainkan mencatu makanan seharian untuk dirinya dan dua anaknya akibat kesempitan hidup…

Lelaki malang itu, Azman Sulong, 39, dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di sini berkata, keperitan hidup itu bermula apabila isterinya meninggal dunia pada awal Ramadan dua tahun lalu akibat penyakit batu karang dalam hempedu…

…Azman berkata, dalam sebulan dia mampu meraih pendapatan sekitar RM150 saja dan jumlah itu memang tidak mencukupi menyara anaknya, Hafizan, 9 dan Maslina, 10… (baca habis)

Dan rumah anak-anak yatim berserta penghuninya sekarang ni pun cukup sibuk. Penuh jadual. Setiap hari pergi merata-rata atas jemputan pelbagai organisasi yang nak “beri sedekah” dan “buat amal ibadat”. Baru aku tahu rupa-rupanya organisasi juga akan diadili di mahkamah Allah SWT di akhirat kelak dan ada kelayakan masuk syurga atau neraka. Macam mana tu ek?

1MDB, PPZ agih bubur
2010/08/21

KUALA LUMPUR: Pengagihan bubur lambuk oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pekarangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Bangunan Daruzzakah di Jalan Chow Kit, di sini, semalam menerima sambutan menggalakkan di kalangan orang ramai.

Ini dapat dilihat apabila orang ramai mula memenuhi pekarangan bangunan seawal jam 5 petang untuk mendapatkan bubur lambuk sebelum ia diagihkan kira-kira jam 5.20 petang kepada orang ramai…(baca habis)

Patutlah tak ada pegawai zakat terjumpa Azman Sulong dan keluarganya. Depa semua sibuk agih bubur kat orang ramai yang barangkali datang ke bangunan Daruzzakah tu untuk ambil bubur selepas bayar tambang LRT, RapidKL, teksi, bla bla bla… Ada tak yang datang dengan Mercedez, Harrier, Mitsubishi Evo, bla bla bla…?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: