Api Yang Membakar Diri – Gambar dan Video

Info: Untuk melihat gambar rumahnya setelah terbakar dan video ketika ia terbakar.

Update: Sahabat itu telah kembali ke Rahmatullaah lebih kurang jam 4:30 pagi tadi. Jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor di Cheras Baru, insya-Allah. Panjangkanlah al-Fatihah kepada Allahyarham Azman Mohd Karim

Selepas tarawih (lebih kurang 10:21 PM) 21 Ogos 2010: Latest news as of malam tadi aku diberitahu bahawa dia sangat kritikal. Sebelah paru-parunya rosak kerana dimasuki gas (maklumat menyatakan bahawa rumah dia meletup disebabkan kebocoran paip gas dan letupan tu agak kuat sampai gril rumahnya boleh melayang terpelanting hingga ke tangga). Kaum keluarganya dah dipanggil hospital malam tadi untuk stand by dan dibenarkan masuk sekaligus untuk baca Yasin.

Kita doakan agar Allah SWT memberi yang terbaik untuk mereka dan semoga dipermudahkan segala urusan… Amiin…

(Entri asal yang diposkan pada 21 Ogos 2010) Aku rasa, ni tak berlaku setiap hari dalam kehidupan normal. Jadi bila ia berlaku, aku terkedu. Tak tau nak kata apa. Tak tau nak buat apa. Sekadar mendoakan yang terbaik kepadanya dan sesiapa juga yang berkaitan dengannya. Awal pagi tadi beberapa orang sahabat lama memberitahu bahawa rumah kepunyaan seorang lagi sahabat lama terbakar malam tadi. Muka dan badannya juga turut terbakar dan mengalami third degree burns. Third degree burns ialah peringkat terbakar 100%. Saraf telah musnah dan tak dapat menyampaikan mesej kesakitan, tetapi sebelum sampai ke peringkat third degree, mangsa kebakaran terpaksa melalui peringkat first dan second degree dulu. Ketika ni saraf belum musnah lagi.

Jadi apa yang aku harus kata? Apa yang aku harus buat? Aku sejujurnya tak tahu. Aku terkedu. Lidah kelu. Bahkan aku ambil masa agak lama sebelum dapat membalas SMS yang pertama masuk tu. Sungguh ujian Allah SWT amat berat. Mudah-mudahan dia lulus ujian tu. Semoga Allah SWT memberikan apa yang terbaik baginya. Insya-Allah… Amiin Ya Allah…

Advertisements

14 Respons to “Api Yang Membakar Diri – Gambar dan Video”

  1. Ya Allah semoga semuanya selamat. Dugaan ini sungguh berat sekali..

  2. ALLAH tahu dia tabah untuk dugaan itu, kerana itu dia diuji..dan, hapus juga dosa2nya..kita doakan kesejahteraannya…

  3. siapa naj?

  4. Berdoa je dan tak payah bagi nasihat – 3rd degree tu

  5. perkara sebenar: gril rumah dia masih ada di situ.. x melayang mcm cite2 org. apa2 pun, letupan tu memang kuat sbb jiran2 dia kata bergegar mcm earthquake.
    Man dah tak de.. pelbagai cerita pasal perubahan diri dia sblm pergi.. smua ke arah kebaikan. smua org pun dah redha atas pemergiannya.. semoga Man mendapat tempat dikalangan org2 yg beriman. Amiiin.

  6. semoga rahmat dicurahkan dan ditempatkan disisi Nya dengan bahagia… amin.

  7. Husna binti Azman Says:

    allahyarham adalah bapa saya……………….amin………………………………..

    • Salam Husna

      Tak sure sama ada Husna masih ingat pada uncle.

      Takziah untuk Husna sekeluarga. Al-Fatihah untuk sahabat uncle Allahyarham Azman Mohd Karim… Arwah sesungguhnya seorang yang amat baik hati dan periang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: