“Pakcik Sanggup Memukul Aziz!”

Ingat tak filem Bujang Lapok? Yang tak ingat tu bermakna generasi baru baligh le tu… Adegan bapa tiri Safiah datang nak lanyak Aziz sebab Aziz curi anak dia. As usual, Ramlee jadi hero penyelamat keadaan. Dusyum! Dan bapa Safiah tergolek. Dan aku suka kata-kata Ramlee; “Perbuatan pakcik ini membiakkan persundalan di dalam masyarakat!” Angkaranya si pakcik tu menggadaikan dara anak tirinya akibat kalah judi.

Gambaran Allahyarham P. Ramlee dalam filem tu melampaui realiti ke? Baca ni

Gadai tunang langsai hutang
Oleh Alias Abd Rani
2010/08/27

BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi… (baca habis)

Dalam Bujang Lapok, modus operandi yang digunakan Pakcik tu lebih kurang je pula dengan apa yang dilaporkan Harian Metro ni—

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Ni antara contoh kesilapan dalam proses talent identification. Jantan tu tak campin dalam berjudi. Dia sebenarnya bakal bapak ayam tu… Kalau grooming dengan betul boleh jadi bapak ayam tersohor dan paling berjaya tu… Dia kena tukar karier daripada bidang perjudian ke bidang persundalan sebenarnya… kan? Bukan ke? Ke?

Advertisements

8 Respons to ““Pakcik Sanggup Memukul Aziz!””

  1. ni jenis bapak ayam katik ke ayam serama

  2. ini kalau staff loan RHB buat macam ni,staff dapat sedap RHB loan muflis

  3. ye la bayar loan guna body je

    • Huh? Ada ke? Wow…! Aiseymen… wa tak ada loan dengan RHB le pulok…. Tapi bior bebenor mike? Caangan mana ni? Pengalaman siapa? Bak mai sini kongsi le contact info… eheks…

  4. mana ada….haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: