Arkib untuk September, 2010

“Kau Tengok Ini, Aku Ambil Ini!”

Posted in Ekonomi, Filem, Gomen, Hiburan, Kapitalis, Politik on 27 September 2010 by Najwa Aiman

Memang aku minat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sejak masih sekolah dulu. Karyanya, muziknya, filemnya, dan juga orangnya. Ada orang anggap dia genius. Ramai yang anggap dia berpandangan jauh.

Bebaru ni aku tonton (untuk kesekian kali) filem Nujum Pak Belalang. Dalam filem tu ada dialog antara penyamun Badan dan Nyawa lakonan Aziz Satar dan S. Shamsudin. Semasa dia orang berjaya menceroboh masuk perbendaharaan istana Sultan Shahrul Nizam, dia orang jumpa banyak harta, wang emas, intan berlian dalam tu. Maka berkatalah Nyawa, “Kau tengok ni, aku ambil ni! Aku ambil ni, kau tengok ni! Kau tengok ini, aku ambil ini!” dan seterusnya.

Tak tau sama ada bermotif atau tak semasa dialog tu dicipta untuk filem tu, tapi zaman la ni, dialog tu dah jadi terlalu amat lazim ditutur dan dilaporkan dalam akhbar dan media, kan?

Tengoklah pembangunan yang kita sudah kecapi!” Tapi ofkoz… part siapa yang “ambil” hasil pembangunan tak disebut dalam dialog tu. Untuk orang macam aku, aku jadi Badan aje. Sekadar tengok ajalah… Tapi aku bukan penyamun! Errr… bukan ke? Ke?

Jamuan Aidilfitri dan Ulang Tahun

Posted in Famili on 27 September 2010 by Najwa Aiman

Dah berapa banyak open house yang kau orang dah tandangi ek? Sejak bila masuk kerja semula? Dah takat mana produktiviti? Berapa kilo sudah tambah? Puasa 6 sudah berapa hari?

Apa-apa hal pun, open house masih berterusan. Tetiba Permaisuri beta bertitah nak buat juga. Huh??? Bior bebenor mike??? Eloklah, katanya, sebab untuk Putera Puteri setiap seorang biarlah merasa sekali parti hari jadi. Memang biasanya bila dah usia lima tahun Ummi dia orang akan buat satu majlis. Kali ni giliran Aiman Azizy. So? 2-in-1. Jamuan Aidilfitri dan ulang tahun. Puja umur, bak kata dialog dalam Tiga Abdul.

Ofkoz jemputan terhad je. Tak mampu… uhuk…!

Kebaikan Dalam Keburukan

Posted in Bebel, Politik, Sosial, Undang-undang on 27 September 2010 by Najwa Aiman

Memang tak mau komen selama ni tapi hari ni gatal le pulok nak bersetubuh… Eh? silap… sowiiii… Gatal nak komen. Pasal kes high profile ni. Macam-macam keluar hasil siasatan kes arwah Sosilawati. Bebaru ni akhbar laporkan tentang aduan yang dibuat oleh isteri kepada saudagar batu permata India sebab saudagar tu hilang seawal tahun ni sejurus selepas bertemu dengan suspek utama kes. Laporan tu kata aduan dibuat dek isteri saudagar tu dalam bulan September bebaru ni. Hilang awal tahun, repot kat polis dekat nak habis tahun?

Sungguh dukacita atas apa yang berlaku kepada keluarga arwah Sosilawati, tetapi lumrah dunia ialah malapetaka suatu pihak boleh jadi faedah kepada pihak yang lain. Agaknya kalau tak kerana ada kaitan dengan kes arwah Sosilawati, barangkali ada respons besar-besaran ke pada repot polis yang isteri saudagar permata dari India tu buat ek?

Musim Mengesahkan Bersanggama Tak Lama Lagi

Posted in Matang on 27 September 2010 by Najwa Aiman

Hujung tahun ni banyaklah kenduri kahwin. Ramailah yang menikah. Antara yang menikah tu boleh jadi bekas kekekasih orang lain, mahupun bekas suami atau isteri orang lain kan? Agaknya yang menikah tu barangkali bukan jenis yang tak pernah bersetubuh sebelum tu kan? Tak kiralah sama ada bersetubuh sesama pasangan yang nak menikah tu mahupun bukan. Errr… melampau sangat ke statement aku ni? Melampau sangat ke untuk bercakap tentang realiti? Bercakap je la tapi tau… Tak buat apa-apa pun… Cakap je le yang aku reti. Kau orang tau tak nak buat apa-apa untuk mengatasi masalah ni? Kalau tau, buatlah. Aku setakat tau cakap je laaa… Sungguh! Aku tau cakap je! Kau orang?

By the way, kau orang jangan tak datang majlis kenduri aku dengan Lisa Surihani nanti tau… eheks…

Mereka Tentang Kita

Posted in Bencana, Puisi, Sejarah, Sosial on 16 September 2010 by Najwa Aiman

“Maka Para Saksi…?”

Posted in Hiburan, Islam on 15 September 2010 by Najwa Aiman

Kalaulah… kalaulah… Abby Abadi dulu merelakan Norman Hakim mengahwini Memey tanpa perlu dia berpisah yakni bercerai, barangkali akan porak-peranda tak situasi dan suasana? Entahlah… Sesetengah orang kata ‘kalau’ tu perkataan orang yang kurang iman sebab tak percaya pada qada’ dan qadar. Ya ke?

Anyways, kalaulah… kalaulah… Abby benarkan Norman berpoligami dulu, barangkali dunia takkan tahu tentang hutang RM11,111.11. Jenuh juga nak cari 11 sen tu. Tapi kenapa nilainya gitu ek? Banyak sungguh ‘satu’ kat situ. Simbolik ‘hanya kau yang satu’ ke? ‘Kau’ tu siapa? Barangkali sebab tu Abby tak bagi poligami. Kalau nak sangat Memey, cerai sini kahwin sana. Barangkalilah…

Errr… ‘barangkali’ dengan ‘kalau’ tu sama makna ke? Kurang iman juga ek sesiapa yang suka guna perkataan ‘barangkali’ ni? Barangkalilah agaknya ek…?

Post Mortem Aidilfitri 1431

Posted in Bebel, Budaya, Islam, Sosial on 14 September 2010 by Najwa Aiman

Elemen

Kemalangan maut lebuh raya dan jalan raya

Putus jari dan seumpamanya akibat letupan mercun

Fiesta jualan bunga, air minuman dan makanan di pusara pada Aidilfitri pertama

Entah anak-anak siapa pergi rumah ke rumah kutip duit termasuk rumah orang tak kenal (lepas tu mak bapak mengarut satu negara bila anak hilang kena kidnap)

Derma yang berpahala bertukar jadi kewajipan yang berdosa (Lahanat mana yang mulakan budaya angpau ni dalam masyarakat Muslim dulu ek?)

Lain-lain… baca sendiri dalam paper atau perhati sendiri sekeliling.

Analisis: Aidilfitri Malaysia masih bertunjangkan budaya (yang dibawa atau diperkenalkan oleh) Melayu. Betullah kata Cina — kat sini mu’alaf bukan “masuk Islam” tau. Kat sini mu’alaf “masuk Melayu”.

p/s: Syabas kepada PDRM sebab berjaya membongkar misteri kehilangan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dalam tempoh seminggu saja. Rasa-rasanya kalau para penculik kanak-kanak yang jadi anggota PDRM, mungkin boleh dibongkar misteri ni dalam masa sehari saja kut? Bukan ke? Ke? Ila hadhratin nabiya mustafa Muhammadin sallallaahu ‘alaihiwa sallam wa ila jamii’i arwaahil muslimiina wal muslimaati syai un lillaahi lahum al-Faatihah…

Lembu Tak Sebodoh

Posted in Bahasa, Famili, Hiburan, Sihir on 9 September 2010 by Najwa Aiman

Ada satu drama siri baru kat TV3 sekarang ek? Permaisuri beta memang anggap hangat juga macam Nur Kasih dulu. Maka aku pun cuba berkenalan dengan drama siri baru ni yang berjudul Ular Emas. Ada Lisdawati, ada Mak Mah. Yang lain-lain kurang kenal. Menarik gak ceritanya! Memang genre cerita yang aku dah lama mengidam nak tulis tapi tak ada peluang nak tulis. Selain daripada tu sebab tak ada bakat dan kepakaran nak tulis pun ya juga… eheks…! Adoi laaa…

Anyways, aku tonton beberapa siri saja. Rasa tak mahu tonton lagi. Bukan sebab ceritanya tak best, tapi sebab logik aku dah mula mempersoalkan realiti Raudah. Kiranya Raudah ialah heroin cerita ni. Begitu amat lurus bendulnya dia. Suami dia yang jahat tu (sorry tak ingat nama apa entah) ada pernah sebut dialog bahawasanya Raudah tu bodoh macam lembu. Sungguh keji dialog itu. Tak patut sungguh dia kata Raudah bodoh macam lembu. Bukankah itu satu penghinaan terhadap binatang spesis lembu sedunia? Sesungguhnya lembu jauh lebih cerdik daripada Raudah tu tau… errr… hmmm… uhuk…

Maka atas sebab tu logik aku mula menolak realiti cerita ni. Tak suka nak teruskan menonton. It’s an insult to my intelligence. Cewah! Best betul berlagak ni kan? Kan? Bukan ke? Ke? By the way, masa baru balik petang tadi dari beraya di rumah sedara mara di kampung, maid aku cerita pada Permaisuri aku dia lari lintang-pukang dari tempat jemuran di kebun belakang rumah tu. Sebab ternampak ular berwarna hitam berbelang-belang putih! Aiyaaarrrkkk…! Lisdawati sudah hantar ular dia ke sini ke…? Tu tedung kan? Aiyooo….! Walaweh! Ni bukan fiksyen tau! Ni kisah benar! Aku nak panggil siapa ek? Bomba atau Perhilitan nih? Tolong!

Mohor Ialah ‘Cap’

Posted in Fiqh, Islam, Teknologi on 9 September 2010 by Najwa Aiman

Jumaat, kan? Hari tu kecoh betul orang kata raya jatuh hari Khamis. Zaman aku belum baligh dulu waktu menonton pengumuman Pemegang Mohor Besar Raja-Raja di TV tu kira antara family hours le tu. Well… family minutes lebih tepat kut? Pemegang Mohor Besar Raja-Raja ni haper ek? Sungguh power betul dia. Boleh menyatukan seluruh ahli keluarga dalam bersama-sama terpegun senyap depan TV walaupun dalam tempoh seminit dua je. Perggghhh…!

Sekarang ada lain sikit. Pengaruh dia dah kurang sebab rata-rata semua orang macam dah tahu bila nak raya. Barangkali pakar falaq dan pakar astronomi kita sekarang dah betul-betul campin. Dulu mungkin tak ada agaknya ahli falaq campin dalam negara ni ek? Sejak bila kita mula ada ahli falaq ek? Siapa ahli falaq tersohor negara kita ek? Dr. Mazlan pakar astronomi tu kiranya ahli falaq le kan? Best kan kalau jadi ahli falaq? Perggghhh…! Sazzy Falaq masih menepati cita rasa… Adoi laaa… Dia dah jadi bini orang pulok…

Melayu Raya!

Posted in Bebel, Budaya, Islam, Sosial on 8 September 2010 by Najwa Aiman

Zaman belum baligh dulu pernah sekali je aku dibawa ke kubur selepas solat Aidilfitri. Seingat aku tu je la. Tak pernah lagi ke kubur pada hari raya selain daripada tu. Kat UK pula, dalam suasana Pak Arab mendominasi hal ehwal Islam di Leeds tu, setiap kali selepas solat raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, aktivitinya ialah ke taman tema. Ya… Betullah! Ingat aku tipu ke?

Dan takbir raya Pak Arab memang berbeza amat. Bersemangat. Rancak. Macam nak berperang! Begitu juga takbir raya Pakistan. Kenapa Melayu punya mendayu-dayu, sedih, suram, merengek-rengek ek? Samalah macam azan Melayu pun. Patutlah pagi raya semua orang melawat kubur. Sedih dipalu alunan senandung suram takbir raya agaknya. Barangkali sebab tu agaknya semua drama TV sempena hari raya temanya sedih-sedih, nangis-nangis, sebak-sebak, pilu-pilu, syahdu-syahdu belaka. Dah 53 tahun merdeka pun camtu gak lagi ek?

Barangkali Melayu tak gembira meraikan kejayaan puasa Ramadan yang berlalu. Atau barangkali sebab tak ada apa yang nak diraikan sebenarnya? Dah tak berubah, nak raikan apanya? Kan? Bukan ke? Ke? Errr… Selamat Hari Raya… Maaf Zahir Batin ek…