Dilema Fasa Terakhir

Ramadan dah masuk fasa terakhir. Makin sibuk. Masjid dok panggil bertarawih. Dapur dok panggil bancuh kuih. Kedai-kedai dok suruh perabih. orang kat ofis pun suruh perabih — order bsikut le, order kacang le, order sotong kering la, order murtabak segera la, order daun ketupat, sarung ketupat, lidi sate, daging sate, bla bla bla… Dan masa ni jugalah kau orang nak buat jemputan iftar kat luar? Hampeh… Time ni le berniat kononnya nak bagi pelengkap semua solat fardu dan sunat… kat masjid… kononnya… konon-kononnya…

Masjid kat rumah aku so far masih memberangsangkan jumlah makmum tarawih syif pertama dan juga syif kedua. Dia orang kat situ belum start buat kuih ke? Atau mungkin ada hikmahnya biskut dan kuih raya sekarang semua jenis tunjuk — oleh kerana tak perlu menghabiskan masa bancuh tepung malam-malam, maka bolehlah ke masjid.

Tak ada siapa tau sama ada amalan kita diterima atau tak… Mudah-mudahan diterima… InsyaAllah… Masih ada lagi ke yang fikir bahawa melawan nafsu tak sehebat melawan godaan iblis dan syaitan?

8 Respons to “Dilema Fasa Terakhir”

  1. gua pon da mula tuang….

    jemputan berbuka la…

    tak larat la….

    pendek kata macam macam ada…

  2. Ni yang sedih ni. Raya kat Tanah Air semakin tainted dengan perkara baju raya biskut raya langsir raya langsuir raya sofa raya makwe raya kemalangan jalan raya dan pelbagai raya lagi.

    Gua semakin suka beraya kat Tanah Kanggaru sebab lagi spiritual berbanding dengan material.Alhamdulillah, masjeed kat sini masih lagi full time tarawih. Rasenye makcik-makcik sini tak buat kuih raya tapi beli cheescake dari kedai jer kot. HAHAHAHA.

    Yang ironiknye? Makin kurang student² Malaysia time tarawih bila last 2 weeks of Ramadhan. Fascinating. Ni mesti tengah buat kuih raya baju raya langsir raya….

    • Macam bakal terbukti bahawasanya Melayu memang selalu salah konsep raya… eheks… Bila etnik Muslim lain sambut raya, memang berbeza daripada Melayu. Takbir raya pun berbeza daripada Melayu. Dia orang punya lebih rancak dan bersemangat. Melayu punya mendayu-dayu sedih. Sedih sebab Ramadan berlalu barangkali, walaupun lirik takbir tu sebenarnya melambangkan kebesaran Tuhan. Tak ramai Melayu faham bahasa Arab dalam takbir kut…? Bukan ke? Ke?

      • You’re right.Takkan tak tengok siaran solat Aidilfitri dari Mekah tu…tak dengar deyrang takbir dengan penoh smangat…bergegar tali perut mendengar pak Arab melaungkan takbir raya.Hmm.

        Rasenye trend paling teruk bab raya ni is The Duit Raya Dilemma.How can something that initially was done with the intention of sadaqah becomes a burden?Kalau dah rase beban, tu bukan dah haram ke?

        Syawal patut buat orang gembira.Bonda for the past few years makin stress bila time raya.Bukannya dia tak ndak beraya, tapi dia tak gemar bila terasa ‘pressure’ nak beli kuih raya/kek raya etc.Maklumlah, dia jarang cuti, time raya ingatkan nak bersama keluarga then rileks.Tapi expectation orang di bulan Syawal kadang-kadang melampau…haih.Tu yang nak kidnap dia bawak beraya kat sini tahun depan, inshaAllah.

        • Tanda akhir zaman la sis. Ibadah pun dah jadi aturcara sekarang. Dah bukan lagi ibadah. Kalau tak turut, masyarakat mengata. Kalau sanggup, tuli telinga. Kalau tak sanggup, akur belaka. Benarlah Rasulullah SAW apabila berkata bahawasanya “Di akhir zaman nanti mereka yang memegang sunnahku umpama menggenggam bara api.”

  3. Fuqarak mengatakan “orang yang tak biasa beribadat selalu menjadikan ibadat hanya adat dan orang yg selalu mengabdikan diri kepada Allah SWT selalu cuba menjadikan adat sebagai ibadat.”

    • Melayu memang banyak adat ibadat — ziarah kubur pada hari raya adalah salah satu contoh nyata. Habis seluruh tanah perkuburan jadi medan pesta hari raya tu. Dapat pahala atua dosa sebenarnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: