Potonglah Tangan Pencuri Itu

Lebih kurang tiga hari sebelum tu pencuri dah masuk ke laman rumah. Tak tau le berapa orang. Tak masuk ke dalam rumah. Sekadar laman. Barangkali waktu sejurus sebelum sahur. Habis dibedalnya kasut ofis aku yang Permaisuri aku baru hadiahkan tu. Pernah cerita pasal aku kiwi kasut ni. Kasut ofis spare aku yang dah nak patah tapaknya tu pun dibedalnya juga. Kasut but lama yang memang dah patah habis tapaknya dan memang aku nak buang tapi tak sempat buang tu pun disebatnya! Termasuklah juga sandal yang aku pakai hari-hari yang aku beli dengan harga RM10 hengget dua tiga tahun lepas. Selain daripada gelap-eglita, pencuri ni barangkali rabun atau khayal ganja.

Maka tatkala orang cuti Merdeka, beta dan Permaisuri curi-curi keluar rumah tanpa dikesan radar Putera Puteri, langsung ke jualan gudang Parkson dengan niat nak beli kasut ofis beta sebab hari Isnin hari tu terpaksa pakai kasut Juboq yang aku beli lebih enam tahun dulu dengan harga RM18.00. Bajet untuk Parkson ni ialah RM250.00 max untuk dua pasang kasut + RM500.00 sebagai contingency kalau-kalau tetiba Permaisuri aku terberkenan apa-apa barang kat situ.

Akhirnya kami balik rumah dengan sepasang kasut ofis aku, dua helai tali leher Mickey Mouse, dua utas tali pinggang sorang satu, dua helai kemeja pejabat dan sekotak spender lelaki. Ingat senang ke nak lawan godaan nafsu? Hah? Hah? Sungguh si pencuri tu dah buat aku dapat barang baru, tapi aku terpaksa berbelanja pada yang tak sewajarnya… cet!

16 Respons to “Potonglah Tangan Pencuri Itu”

  1. bila gua terkenan crita lu kiwi kasut… gua senyum…
    jodoh lu tak panjang… mujur bukan gua yang curi..

  2. Terimakasih pada pencuri tu. Kalu idak, kawan aku ni masih ler dok seret seliper yang dah kembang. Masih dok pakai talipinggang yang dah tak larat tampung perut dia.. hahahaha🙂

  3. duit bukan boleh bawak mati brader… hahaha

  4. cuba la lu riki pasar karat….

    manatau ada..

  5. Habib Ahmad Says:

    1.Bila Lailatul Qadar 1431H ? : http://wp.me/piAx4-2KH

    2.Jadual Lailatul Qadar : http://wp.me/piAx4-2K6

    3. Lailatul Qadar Hadiah Allah Kepada Kita : http://wp.me/piAx4-2LT

    4. Lailatul Qadr : http://wp.me/piAx4-Lj

    5. Kapan Lailatul Qadar itu ? : http://wp.me/piAx4-Pi

    6. Pencarian lailatul qadar : http://wp.me/piAx4-Qj

    7.Malam Lailatul Qadar : http://wp.me/piAx4-Pw

    8. MENGGAPAI LAILATUL QADAR : http://wp.me/piAx4-OH

    9. LAYLATUL QADAR : http://wp.me/piAx4-Qk

  6. cis tak gune….

    ingatkan nak carik kasut…..

    gua tamau bagi tau

  7. mungkin hamba Allah itu mencari sesuap nasi untuk dia dan keluarga. Nak minta mcm mengemis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: