Melayu Raya!

Zaman belum baligh dulu pernah sekali je aku dibawa ke kubur selepas solat Aidilfitri. Seingat aku tu je la. Tak pernah lagi ke kubur pada hari raya selain daripada tu. Kat UK pula, dalam suasana Pak Arab mendominasi hal ehwal Islam di Leeds tu, setiap kali selepas solat raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, aktivitinya ialah ke taman tema. Ya… Betullah! Ingat aku tipu ke?

Dan takbir raya Pak Arab memang berbeza amat. Bersemangat. Rancak. Macam nak berperang! Begitu juga takbir raya Pakistan. Kenapa Melayu punya mendayu-dayu, sedih, suram, merengek-rengek ek? Samalah macam azan Melayu pun. Patutlah pagi raya semua orang melawat kubur. Sedih dipalu alunan senandung suram takbir raya agaknya. Barangkali sebab tu agaknya semua drama TV sempena hari raya temanya sedih-sedih, nangis-nangis, sebak-sebak, pilu-pilu, syahdu-syahdu belaka. Dah 53 tahun merdeka pun camtu gak lagi ek?

Barangkali Melayu tak gembira meraikan kejayaan puasa Ramadan yang berlalu. Atau barangkali sebab tak ada apa yang nak diraikan sebenarnya? Dah tak berubah, nak raikan apanya? Kan? Bukan ke? Ke? Errr… Selamat Hari Raya… Maaf Zahir Batin ek…

2 Respons to “Melayu Raya!”

  1. masa takbir raya pon sampat terlelap jap gua dengar takbir syahdu…

    kat uk macam nak pegi perang ye….upload kalu ada video?

    • Malas le nak cari. Wa cerita dari pengalaman 20 tahun dulu la beb. Zaman tu bukan saja henpon, internet pun belum ada beb. Tapi zaman sekarang mesti dah ada berlambak-lambak punya. Lu cuba la ‘tiup’ kat ‘U-Tiup’… Hmmm… Ni dah bukan bulanposa waktu siang ni… nak kena cari somebody untuk suruh ‘tiup’ pun best gak nih! Perghhh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: