Lembu Tak Sebodoh

Ada satu drama siri baru kat TV3 sekarang ek? Permaisuri beta memang anggap hangat juga macam Nur Kasih dulu. Maka aku pun cuba berkenalan dengan drama siri baru ni yang berjudul Ular Emas. Ada Lisdawati, ada Mak Mah. Yang lain-lain kurang kenal. Menarik gak ceritanya! Memang genre cerita yang aku dah lama mengidam nak tulis tapi tak ada peluang nak tulis. Selain daripada tu sebab tak ada bakat dan kepakaran nak tulis pun ya juga… eheks…! Adoi laaa…

Anyways, aku tonton beberapa siri saja. Rasa tak mahu tonton lagi. Bukan sebab ceritanya tak best, tapi sebab logik aku dah mula mempersoalkan realiti Raudah. Kiranya Raudah ialah heroin cerita ni. Begitu amat lurus bendulnya dia. Suami dia yang jahat tu (sorry tak ingat nama apa entah) ada pernah sebut dialog bahawasanya Raudah tu bodoh macam lembu. Sungguh keji dialog itu. Tak patut sungguh dia kata Raudah bodoh macam lembu. Bukankah itu satu penghinaan terhadap binatang spesis lembu sedunia? Sesungguhnya lembu jauh lebih cerdik daripada Raudah tu tau… errr… hmmm… uhuk…

Maka atas sebab tu logik aku mula menolak realiti cerita ni. Tak suka nak teruskan menonton. It’s an insult to my intelligence. Cewah! Best betul berlagak ni kan? Kan? Bukan ke? Ke? By the way, masa baru balik petang tadi dari beraya di rumah sedara mara di kampung, maid aku cerita pada Permaisuri aku dia lari lintang-pukang dari tempat jemuran di kebun belakang rumah tu. Sebab ternampak ular berwarna hitam berbelang-belang putih! Aiyaaarrrkkk…! Lisdawati sudah hantar ular dia ke sini ke…? Tu tedung kan? Aiyooo….! Walaweh! Ni bukan fiksyen tau! Ni kisah benar! Aku nak panggil siapa ek? Bomba atau Perhilitan nih? Tolong!

18 Respons to “Lembu Tak Sebodoh”

  1. lu jaga “ular lu elok”…

  2. – drama ni ‘mengular’ kan masa rehat petang
    – menangkap ular: ahli Bomba pun boleh, sehebat pembela ular
    – mimpi ular membelit?

  3. kalu ular hitam belang putih ada maybe tak bisa kut,tapi yang gua tau ular katam tebu jalur kuning.yang ni bila patuk silap silap raya depan sapa sapa punya famili dah bertukar lokasi raya pertama.

    • Yup… Ular katam tebu aku tau. Bungarus fasciatus. Tapi rasa-rasanya bukan kut sebab katam tebu aktif waktu malam. Ni nampak waktu siang masa nak jemur kain. Atau mungkin katam tebu tersilap matahari.

      Tapi yang belang putih tu memang aku pernah tonton kat TV suatu masa dulu. Tak ingat apa namanya.

  4. Kan orang Melayu ni asalnya dari muntah lembu. Apasal korang tengok cerita2 macam ni

  5. Hikayat Merong mahawangsa. Wan empok dan wan malini

  6. U leh panggil I… sbb I minat ular..hikhikhik🙂

  7. cete ni wa panggil cete pompuan sakit.. sbb cakap mcm org sakit, jln mcm org sakit… slow yg amat.. sakit hati kalo tgk..err pelik tul ade org yg suke. Hehe sory br nk komen. terlupa blog nih sbb sibuk layan baby baru.😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: