Mohor Ialah ‘Cap’

Jumaat, kan? Hari tu kecoh betul orang kata raya jatuh hari Khamis. Zaman aku belum baligh dulu waktu menonton pengumuman Pemegang Mohor Besar Raja-Raja di TV tu kira antara family hours le tu. Well… family minutes lebih tepat kut? Pemegang Mohor Besar Raja-Raja ni haper ek? Sungguh power betul dia. Boleh menyatukan seluruh ahli keluarga dalam bersama-sama terpegun senyap depan TV walaupun dalam tempoh seminit dua je. Perggghhh…!

Sekarang ada lain sikit. Pengaruh dia dah kurang sebab rata-rata semua orang macam dah tahu bila nak raya. Barangkali pakar falaq dan pakar astronomi kita sekarang dah betul-betul campin. Dulu mungkin tak ada agaknya ahli falaq campin dalam negara ni ek? Sejak bila kita mula ada ahli falaq ek? Siapa ahli falaq tersohor negara kita ek? Dr. Mazlan pakar astronomi tu kiranya ahli falaq le kan? Best kan kalau jadi ahli falaq? Perggghhh…! Sazzy Falaq masih menepati cita rasa… Adoi laaa… Dia dah jadi bini orang pulok…

4 Respons to “Mohor Ialah ‘Cap’”

  1. stampad dah kurang dakwatnya…

  2. ape leh buat tukang terrer hukum haram ramai sangat…

    • Ada sekali tu khutbah Jumaat di Leeds dikhatibkan oleh sorang khatib jemputan berbangsa Arab. Biasanya khatib cakap Inggeris tapi khatib yang ni tibai cakap Arab. memang sedap dengar dia berkhutbah walaupun tak faham satu mende. Tapi dalam khutbah Arabn dia yang kami tak faham tu, ada dua perkataan yang dia ulang tiga kali yang kebanyakan kami semua faham — “Hadza haraam! Hadza haraam! Hadza haraam!” Dari intonasi khutbah dan ekspresi wajah, kami agak dia mengkritik golongan yang fikir bahawa Islam tu hanyalah untuk menentukan apa yang halal dan apa yang haram semata-mata.

Tinggalkan Jawapan kepada gafaro Batal balasan