“Kau Tengok Ini, Aku Ambil Ini!”

Memang aku minat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sejak masih sekolah dulu. Karyanya, muziknya, filemnya, dan juga orangnya. Ada orang anggap dia genius. Ramai yang anggap dia berpandangan jauh.

Bebaru ni aku tonton (untuk kesekian kali) filem Nujum Pak Belalang. Dalam filem tu ada dialog antara penyamun Badan dan Nyawa lakonan Aziz Satar dan S. Shamsudin. Semasa dia orang berjaya menceroboh masuk perbendaharaan istana Sultan Shahrul Nizam, dia orang jumpa banyak harta, wang emas, intan berlian dalam tu. Maka berkatalah Nyawa, “Kau tengok ni, aku ambil ni! Aku ambil ni, kau tengok ni! Kau tengok ini, aku ambil ini!” dan seterusnya.

Tak tau sama ada bermotif atau tak semasa dialog tu dicipta untuk filem tu, tapi zaman la ni, dialog tu dah jadi terlalu amat lazim ditutur dan dilaporkan dalam akhbar dan media, kan?

Tengoklah pembangunan yang kita sudah kecapi!” Tapi ofkoz… part siapa yang “ambil” hasil pembangunan tak disebut dalam dialog tu. Untuk orang macam aku, aku jadi Badan aje. Sekadar tengok ajalah… Tapi aku bukan penyamun! Errr… bukan ke? Ke?

Advertisements

14 Respons to ““Kau Tengok Ini, Aku Ambil Ini!””

  1. normal bro….tak kira la berpakaian tapi terlanjang hatta yang mengaku ahli sorga walaupon hanya tanda X kat kertas undi…

  2. Betul, bila kita bangga dapat 2, tak sedar orang lain dah dapat 4…!

    • Errr… ‘2’ dan ‘4’ citer pasal ‘jarang-jarang’ dan ‘kadang-kadang’ ke…? Aiyaaarrrkkk…! Wa memang sedar yang wa cuma ada ‘baaaanyaaakkk’. Ada ‘1’…!

  3. hehehe…banyak dialog dalam skrip dia kena dengan dunia sekarang…mcm masa P.Ramlee kena tipu ngn pompuan yang dia belanja makan dalam citer Bujang Lapok tuh…yang jujur, x ckp bohong, orang pandang hina.yang menipu, tinggi diri, dipandang mulia woo sekarang…hehehe…

    • Suka lirik dalam lagu Sabar nyanyian dan ciptaan P. Ramlee tapi tak sure siapa yang tulis lirik tu dan ni baru rangkap pertamanya—

      Beginikah derita hai orang yang sabar
      Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
      Namaku dicemar
      Mana kupergi orang tak gemar
      Imanku takkan bertukar
      Dari menipu biar terlantar…

  4. filem nujum pak belalang dan pendekar bujang lapok adalah inspirasi saya dalam mengambil nama “bapak” untuk dipanggil oleh anak saya.

  5. macam biasa laa.. kuli kerja bos untung!

  6. kalau jalan kaki, jauhhhhhh sangat, kalau naik kapalterbang sekejap saja dah sampai……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: