Arkib untuk Oktober, 2010

Bukan Salah Bas Ekspres

Posted in Bencana, Bodoh, Gomen, Semasa, Teknologi on 31 Oktober 2010 by Najwa Aiman

Idea ni aku kidnap dari entri Kak Azie. Jangan marah hah my dear Sis… eheks…! Memang betullah apa yang kak Azie kata tu. Gerun naik bas ekspres zaman la ni. Menteri Pengangkutan sekarang ni gagal ek? Ketua Pengarah JPJ pun gagal ek? Dan yang terbaru ni brek bas tak makan? Puspakom pun gagal ek? Buat satu lagi Puspakom le. Apa ke jadahnya Puspakom ada kuasa monopoli ni? Dan taukeh bas ekpsres tu menghilangkan diri? LPKP pun gagal ek? Kena tukar le semua orang tu ek? Dan Puspakom kena dimansuhkan atau tubuh satu lagi syarikat saingan ek?

Naik kereta api le beb! Best haper. Sejak aku belum baligh aku naik kereta api sebab Ayahanda aku dulu memang pekerja KTM dan KTMB. Aku kerja part time sementara menunggu keputusan SPM dan A-level dulu pun dalam kereta api. Aku bertemu jodoh dengan Permaisuri aku la ni pun atas asbab kereta api.

Dan sebenarnya tak ramai yang tahu bahawasanya KTMB ialah antara organisasi di Malaysia yang mempunyai sistem teknologi hi-tec yang canggih dan campin kan? Kalau orang ramai tahu, mesti dia orang kagum terkejut tau! Betullah! Aku tak tipu! Aku cuma tak reti je apa-apa tentang teknologi tu. Tapi aku tau memang canggih le! Eheks…

Jogho!

Posted in Hiburan, Semasa, Sosial on 31 Oktober 2010 by Najwa Aiman

Kelantan juara Piala Malaysia tahun ni bila tewaskan Negeri Sembilan 2-1. Tapi pemain Negeri Sembilan yang dapat kahwin artis. Dan pemain Negeri Sembilan juga yang nyaris bercerai dengan artis… Ada pertalian saudara tu tau. Nak juga tengok artis sama artis sejantina jadi biras ni. Salah sorang tu artis idaman aku pula tu… isy isy isy… Mudah-mudahan mahligai yang belum terbina akan terbina dan mahligai yang sudah terbina akan terus utuh, insyaAllah… walaupun tak dapat Piala Malaysia. Piala Malaysia tak boleh bawa mati beb!

Melayu Bangsa Beradat (Semata-mata…?)

Posted in Bebel, Bodoh, Budaya, Etnik, Islam on 31 Oktober 2010 by Najwa Aiman

Dan aku teramat bersetuju dengan La Signora. Membaca entrinya buat emosi aku rasa tersiat-siat. Dulu selalu tulis isu ni. Sekarang… hmmm… dah fedup… Yup… Fedup. Didik anak isteri sendiri pun susah sekarang ni sebab bila di sekolah, bila di rumah Melayu lain, bila masuk majlis kemasyarakatan Melayu, waima bila ke masjid sekali pun, mereka diajar kembali doktrin mengarut yang serupa!

Lahanat Melayu yang angkuh sedemikian! Jahil sungguh nak membezakan adat dan hukum! Bodoh tak boleh diajar dan pandai tak boleh diikut! Aku marah ni! Aku marah ni! Mana lagi awek-awek Melayu kecik molek dan comel yang perlu aku ajar dan hukum ni? Mana? Mana? Meh sini! Aku marah ni!

Awexology

Posted in Bebel, Bodoh, Feminin, Novel on 25 Oktober 2010 by Najwa Aiman

Betul ke wanita lebih jahat daripada lelaki? Ada pakar ke dalam bidang ni? Siapa pakar-pakar tu? Apa nama bidang ni? Feminologi? Wanitalogi? Awexografi? Perempuanosis? Whatever laaa…

Tapi pendapat aku… ehem… diulangi… pendapat aku semata-mata, wanita jauh lebih mahir dan campin daripada lelaki dalam satu perkara — MENIPU. Huh? Kau orang tak setuju? Ada aku kisah kau orang setuju ke tak? Ekekekekeke…. aiyaaarrrkkk…!

But seriously, ni memang pendapat aku. Dalam hal menipu dan memutar belit — tak kiralah untuk tujuan apa sekalipun sama ada untuk kepentingan sendiri atau orang tertentu atau pun untuk tujuan mendapat sesuatu mahupun (ni paling famous) saja-saja tanpa tujuan — wanita memang makhluk yang sangat sangat sangat jauh jauh jauh lebih handal dan hebat daripada lelaki. Lelaki ketinggalan sebanyak jutaan mata di belakang dari segi pemarkahan. Ya bapak-bapak, ibu-ibu, datuk-datuk, nenek-nenek, tun-tun, toh puan, tan sri, puan sri, datuk seri, datin seri… wanita sungguh sungguh sungguh handal menipu… Terutamanya menipu tentang teman seksnya.

Tak baik tau… Menipu ni kalau dilaknat oleh orang yang tertipu… Seumur hidup merana selagi tak diampunkan oleh orang tu tau… Kena breast cancer ke, boifren atau suami kena langgar lori dan putus kedua-dua kaki ke, atau cacat seumur hidup ke, dapat anak spastik ke… isy isy isy… Jangan beb!

By the way… natijah ke atas mangsa menipu ialah emosi. Natijah ke atas mangsa keganasan dan kejahatan lain ialah fizikal. Ada ketikanya natijah emosi jauh teramat lebih dahsyat daripada fizikal kan? Especially kalau mangsa dah beri segala-galanya apa yang ada dalam emosinya kan? Bukan ke? Ke?

Kongsi

Posted in Bodoh, Novel, Puisi on 25 Oktober 2010 by Najwa Aiman


Mabuk Tak Mahal

Posted in Ekonomi, Gomen on 25 Oktober 2010 by Najwa Aiman

Kepada yang pendapatan sebulan masih di bawah RM1,000… well… sorry… Belanjawan 2011 tak ada provision untuk kalian. Yang berpendapatan lebih daripada tu, kalau kau orang perasan kau orang mampu sangat, silalah berbelanja dan bershopping pakaian, beg tangan, kasut, shampoo, baju, pakaian dalam, minyak wangi dan kebanyakan consumer goods lain macam menteri dan jutawan. Oh ya! Boleh tukar henpon seminggu sekali, malah sehari sekali pun kalau mahu. Tak ada cukai. Sepatutnya murah. Sepatutnya…

Malam minggu hari tu aku ke Uncle Chilli’s. Malam tu tema hospital. Pelayan semua pakai baju hospital. Pelayan wanita pakai baju misi le ofkoz… Misi yang berskirt pendek. Pergh…..!!! Brengsek betul… Bukan sebab tak best. Best sangat! Tak best sebab bila ke situ maka Uncle Chilli’s telah… telah… hmmm… macam mana nak cakap ni ek? Because Uncle Chilli’s made me become what I have not for so many years… Wah! Kena cakap omputeh ke? Kenalah cakap omputeh kalau dah perangai aku kat situ macam omputeh, ngeng!

Lain kali aku sekadar nak dengar live band tau! Errr… ada lain kali ke? Alkohol tak naik cukai kan? Kan? Bukan untuk akulah…! Aku tak minum lagi air kencing setan tu! Aku cuma imagine kalau cukai arak tak naik, maka lebih ramai awek yang yang mampu bertandang ke situ nanti. Tapi service tax naik jadi 6% tahun depan tau! Errr… ni termasuk semua jenis service ke?

Hanya Sinar

Posted in Feminin, Maskulin, Puisi on 19 Oktober 2010 by Najwa Aiman