Nostalgia Sebelum Baligh

Aku baru balik dari Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas sekolah rendah aku dulu. Ramai mantan pelajar dan guru datang tadi. Tapi mantan pelajar batch aku cuma aku sorang… Cet! Hampeh betul depa ni tau. Hari tu memasing macam teruja je nak datang. Alih-alih aku sorang je. Dah le aku ni batch super supra senior. Graduan tahun 1982. Kena duduk kat meja graduan tahun 1993! Astaga wa esta bagadud… Mati kutu betul aku… Nasib baik aku ni kira kategori mulut peramah selain daripada mulut tak beradab. Sembang-sembang gelak-gelak gak le dengan super supra junior aku yang masih hisap puting semasa aku tamat darjah 6! Cet!

Ada juga junior-junior yang kenal aku tapi aku tak berapa kenal dia orang semua. Dulu memang awek-awek tu semua comel, cute, cun dan jelita. Seksi pun tak kurang juga… perghhh…! Sekarang ni bila dia orang semua ni dah umur baligh… dan beranak-pinak… Hmmm… Kekadang tergerak juga di hati kesyukuran sebab kat sekolah dulu dia orang tak jadi awek aku lantas jadi bini aku! Aiyaaarrrkkk…!

Tapi syabas teramat kepada jawatankuasa penganjur dan PIBG sekolah tu! Annual Dinner tadi memang best! Walaupun tak ada kengkawan batch aku (kecuali Khairil Anwar yang berdedikasi singgah juga walaupun sibuk dengan macam-macam acara) majlis tu memang best! Tak payah artis pun! Menonton tayangan video gambar-gambar lama termasuk cikgu-cikgu dulu dan Guru Besar Khalid yang kerap ronda sambil bawa rotan buat aku sebak sikit.

Dan siapa sangka mak budak yang cun yang aku selalu usha semasa ambil Najwa balik dari sekolah tu rupa-rupanya bekas pelajar situ juga. Junior aku beberapa tahun selepas aku graduate dari sekolah tu. Mujur lagi… Kalau tak mesti masa sekolah dulu aku dah mengurat dia. Silap-silap dia jadi bini aku! Dengan body yang maintain macam gitu… perghhh…! Aiyaaarrrkkk…! Hisy! Hisy!

Cikgu-cikgu semua… I luv ye’all! Semoga Tuhan memberikan ganjaran kebaikan tak terhingga atas segala jasa kalian! Kecuali kepada cikgu-cikgi yang merapu dan mengarut le… Eheks!

Nota: Gambar 2, 4 dan 5 adalah sumbangan tanpa rela Tuan Yang Terutama Anwar yang aku kidnap dari FB dia… hehehehehe…

12 Respons to “Nostalgia Sebelum Baligh”

  1. Hehehehe…. sekolah aku ntah bila la nak buat official alumni dinner…

  2. Yang gedabab mcm tong drum dan kaki meleter mesti banyak tu

  3. aku singgah bagi sokongan moral pada kawan2 yang kental mengadakan perjumpaan. aku sebak masa nyanyian koir versi lama lagu sekolah. dan terbayang2 atas stage tu adalah kami yang memang ‘school artist’ zaman tu🙂

    • Wa dah dapat nombor Cikgu Achom beb! Dapat daripada Cikgu Osman. Selepas dinner aku ke meja dia. Belum sempat aku cakap apa-apa dia terus terkam aku dengan soalan “Saya kenal awak! Awak kenal saya lagi tak? Kenal saya lagi tak?” Kemudian dia pandang mantan pelajar yang duduk semeja dengan dia sambil jari menuding aku. “Saya kenal dia ni. Ni head student ni.” Dia pandang aku semula. “Awak kenal saya?”

      Ofkoz aku kenal dia. Siapa yang tak mungkin kenal dia? Dan aku dapat nombor Cikgu Achom daripada dia! Best!

  4. morning naj…. ada sesapa kengkawan naj yg dr tun fatimah jb….?🙂

  5. apa yang hang buat sampai cikgu ingat kat hang jek? hehehe…mesti ada benda durjana sudah jadi zaman dolu-dolu nih….

  6. aku tahu why batch ko…ko sorang je datang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: