Malang Seorang Lelaki

Bertahun dia membaja imaginasi gadis idamannya. Dipujanya gadis itu bak idola yang bercandikan tugu emas bertatah berlian. Berabad lamanya imaginasi itu dipendam sehingga akhirnya dia mengakui hakikat bahawa gadis seumpama itu mustahil wujud dalam dunia fana ini. Hampir sekali dia melabuhkan angan-angan di kubur emosi sehinggalah sesusuk tubuh gadis idaman itu muncul di dalam hidupnya.

Namun gadis idaman yang dipuja sepenuh hati tak dapat dimiliki kerana sudah direbut orang lain. Mampukah hati dan perasaan menahan gelora melihat bibirnya dikucup, tangannya digenggam, lengannya diusap, rambutnya diseka, pipinya dicium, lehernya dikemam, tubuhnya didakap dan hatinya disangkar oleh lelaki itu?

Air mata lelaki mahal harganya. Tapi ia mudah ditawarkan dengan kekecewaan tak terhingga terhadap seorang gadis yang bertakhta di puncak singgahsana hatinya. Apatah lagi gadis idaman hati yang ditatangnya bagai nyawa sendiri tidak mengendahkan keluhan dan rintihan hatinya yang saban waktu diasak cemburu dan kekecewaan. Hatinya luluh sedikit demi sedikit saban hari sehingga ia bakal berkecai tak meninggalkan kesan suatu hari nanti. Hari itu akan menyaksikan gadis idamannya ketawa riang dan bahagia, sedang dia terus merana dalam ratapan duka menanti ajal tiba.

Tiada yang lebih malang bagi seorang lelaki yang bercinta selain ditakdirkan dengan nasib sebegini… Dan itulah takdir nasibnya seumur hidup sehingga ajal tiba ke penghujung riwayatnya. Dia pasti akan mati dalam kekecewaan yang dugal menghampakan…

4 Respons to “Malang Seorang Lelaki”

  1. teringin pulak saya nak jumpa lelaki ini karna saya ingin mendengar kisah dari mulut dan hatinya sendiri…

    ****jika dia wujud la

  2. elok sangat la tu….gua main paintball kat kajang 30 hb 10 ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: