Mabuk Tak Mahal

Kepada yang pendapatan sebulan masih di bawah RM1,000… well… sorry… Belanjawan 2011 tak ada provision untuk kalian. Yang berpendapatan lebih daripada tu, kalau kau orang perasan kau orang mampu sangat, silalah berbelanja dan bershopping pakaian, beg tangan, kasut, shampoo, baju, pakaian dalam, minyak wangi dan kebanyakan consumer goods lain macam menteri dan jutawan. Oh ya! Boleh tukar henpon seminggu sekali, malah sehari sekali pun kalau mahu. Tak ada cukai. Sepatutnya murah. Sepatutnya…

Malam minggu hari tu aku ke Uncle Chilli’s. Malam tu tema hospital. Pelayan semua pakai baju hospital. Pelayan wanita pakai baju misi le ofkoz… Misi yang berskirt pendek. Pergh…..!!! Brengsek betul… Bukan sebab tak best. Best sangat! Tak best sebab bila ke situ maka Uncle Chilli’s telah… telah… hmmm… macam mana nak cakap ni ek? Because Uncle Chilli’s made me become what I have not for so many years… Wah! Kena cakap omputeh ke? Kenalah cakap omputeh kalau dah perangai aku kat situ macam omputeh, ngeng!

Lain kali aku sekadar nak dengar live band tau! Errr… ada lain kali ke? Alkohol tak naik cukai kan? Kan? Bukan untuk akulah…! Aku tak minum lagi air kencing setan tu! Aku cuma imagine kalau cukai arak tak naik, maka lebih ramai awek yang yang mampu bertandang ke situ nanti. Tapi service tax naik jadi 6% tahun depan tau! Errr… ni termasuk semua jenis service ke?

8 Respons to “Mabuk Tak Mahal”

  1. lebih baik mabuk dari hisap rokok barangkali?

  2. Gadis2 Memabukan

  3. bang, nak pegi nanti PM saya!

  4. harapkan pagar,pagar takde stok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: