Seram Itu Nostalgik Juga Ke?

Firstly, aku amat-amat tak ingat kat mana aku kidnap gambar ni tapi rasa-rasanya dari blog yang bercerita pasal kereta api. Dah lama aku kidnap gambar ni dan buat koleksi sebab aku rasa-rasa macam gambar ni boleh beri ilham. Kepada tuan punya gambar (kalau baca blog dan entri beta ni), minta maaf bebanyak sebab kidnap gambar ni ya… ya ampun!

Gambar ni buat aku teringat pada pengalaman zaman sebelum baligh dulu di mana aku kerap naik kereta api. Part yang aku paling suka ialah bila nak ke kampung arwah Tok dan Opah kat Taiping. Terowong terakhir sebelum tiba ke stesen kereta api Taiping tu bagi aku terowong paling panjang le tu. Suka banget! Bising azamat sebab zaman tu kereta api semua buka tingkap. Mana ada aircon daaa… Dan kerana buka tingkap, maka bau semasa dalam terowong tu memang ketara. Kekadang terbau-bau di hidung diasak memori.

Tu le masalahnya beb! Zaman tu aku tak takut langsung pasal kereta api masuk terowong atau kereta api mel berhenti kat stesen-stesen kecil sepanjang perjalanan tu. Tapi sekarang bila dah baligh ni dan dah berserabai atas bawah ni (ehem… excuse me… Tak percaya boleh tunjuk bukti kalau nak sangat!), tetiba semua pengalaman terowong kereta api berserta baunya dan stesen-stesen terpencil tu buat bulu roma, bulu betis, bulu lengan, bulu mata malah bulu ari-ari aku tegang! Tetiba rasa seram! Kenapa ek…?

p/s: Gambar terowong tu bukan terowong panjang yang aku maksudkan di atas… pada pendapat akulah… sebab landasannya berumput-rampai… ye ke dok?

6 Respons to “Seram Itu Nostalgik Juga Ke?”

  1. I tahu terowong gelap tu area Bukit Berapit sebelum sampai Kuala Kangsar, Taiping. kan?

    ada 2, satu panjang, satu lagi pendek saja.
    Pengalaman naik ketapi yg langsung takda kelas, kerusi kayu, kusyen keras warna merah/hijau(?) no aircond..

    aduhhhh nostalgia gak.

    tapi tak seram sampai naik meremang bulu.. cisss!🙂

  2. kalu crite pasal ketapi…aku paling ingat, bab brader yg jual nasi lemak, pastu kena raba.. kwang3x… lagi satu yg lempar bakul makanan klua ketapi..kau mmg pandai bercerita..

  3. Aku last sekalu naik ketapi dari wakaf baru sampai kajang.. Seronok gak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: