Sumpah Mahsuri

Langkawi memang cantik dan, yang paling aku suka banget, peaceful. Damai. Ramah. Mesra.

Pantai dan lautnya nampak cantik dari dalam pesawat.


Tapi kemudian aku ternampak ada satu aliran cecair berwarna hitam yang entah datang dari mana masuk ke laut dan mengubah warna laut dan pantai menjadi keruh.

Apa sebenarnya yang mengakibatkan tu semua ya? Anyways… tak boleh nak terlelap sepanjang penerbangan. Malah sejak sebelum mendarat di bumi yang disumpah Mahsuri ni di mana sumpahnya makbul menjadi, sehingga aku kembali ke dalam pesawat untuk pulang ke KL, mulut ni kumat-kamit berdoa dengan hati yang penuh berharap—

“Demi Allah! Demi Allah! Demi Allah Yang Maha Berkuasa… Biar kudung anggota badan M___ K______ A____ A__ B____ menjadi cacat menderita seumur hidup natijah menganiaya jiwa yang ikhlas memberi…”
(Sila aminkan kalau kau orang yakin dan berani. Nak tau lanjut, SMS aku)
.

Berulang kali mendoakan kecelakaan ke atas orang lain… Adoi laaa… Hodoh tak perangai ni? Tak kut…? Sebagai orang yang teraniaya kekadang hati memang geram teramat hingga mengharapkan natijah kecelakaan paling azab ke atas orang yang menganiaya dan mereka yang terlibat dengannya…. hmmm… Amiiinnn…!

Sehingga ternampak home sweet home di bawah sana pun masih belum berhenti berdoa justeru pada saat menulis ni pun masih terus mendoakan dengan penuh harapan. By the way… “home sweet home”? Hmmm… dah lebih banyak warna keruh daripada warna hijau nampaknya tu… Okeylah tu kan? Kalau hijau belaka nanti aku jadi monyet pulok…

Aku rasa aku tahu kat mana sekarang ni aku nak bersara. Dulu aku memang pilih Fraser’s Hill. Nak berkebun. Nampaknya sekarang aku dah jumpa lokasi lain yang aku rasa lebih bagus. Susah le juga anak cucu nak datang melawat tapi… well… aku harap Putera Puteri aku kelak mampu nak bayar tambang kapal terbang seisi keluarga untuk datang melawat beta dan Permaisuri… insyaAllah… Tu pun kalau Langkawi masa tu masih macam sekarang ni le…

4 Respons to “Sumpah Mahsuri”

  1. Entri U buatkan I teringat I pergi Langkawi, naik bot laju tinjau kawasan habitat helang. Hutan kayu bakau dan monyet di gua..

    aduhh.. damai tenang dan rasa bahagiaaa…:)

    Selamat kembali.
    Nak pencen dan menetap tu, jangan lupa cerita dalam blog.

    • Maceh Sis!

      Yup… Langkawi memang damai. Harap-harapnya terus sedemikian. Tapi melihat rentak hidup orang di sana, rasa-rasanya Langkawi boleh terus damai. Harap-harapnya Boon Siew tidaklah secara tetiba nak buat kosmopolitan kat situ! Rasa-rasanya cerita pasal nak pencen dan menetap di Fraser’s Hill macam pernah cerita dalam blog. Entah…

  2. Langkawi oh Langkawi….tak pegi kalau tak bawak balik chocolate, tak sah kalau tak bawak balik pinggan mangkuk, macam tak pegi kalau tak bawak balik batik, macam tak singgah kalau tak pegi pulau dayng bunting.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: