Arkib untuk 5 November 2010

Engkau Laksana Bulan

Posted in Islam, Muzik, Nostalgia, Novel on 5 November 2010 by Najwa Aiman

Ooo… Kau cabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah Kaubezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah manusia begitu

Teringat antara lagu kegemaran beta — Engkau Laksana Bulan (P. Ramlee) — yang aku selalu dengar masa baru baligh dulu. Gerun aku dengar lirik part korus tu. Lagu…? Hmmm… lagu yangaku ingat? Ayat al-Quran ada yang teringat tak? Eheks… Adoi laaa… Wahai aku… Sesungguhnya kau nyaris tersesat!

Sebenarnya kemaafan ialah yang terbaik bagi semua, tak gitu? Wahai diri dan jiwa yang hina… Kembalilah kepada mengingati Allah SWT dengan lebih kerap… Sudahkah aku lupa pada kelazatan iman? Sudahkah aku lupa pada kelazatan amal? Sudahkan aku lupa pada mati? Sesungguhnya mati itu benar. Neraka itu benar. Syurga itu juga benar… Dan di akhirat kelak kita akan dikumpulkan dan dihadapkan ke hadrat Allah ‘azzawajal atas segala amalan… Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun… Tidakkah aku juga harus memaaf dan mengampuni…?

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. ~ Surah ar-Raad ayat 28.

Bukan

Posted in Nostalgia, Novel, Puisi on 5 November 2010 by Najwa Aiman

Sapi Yang Digalas Di Atas Batu

Posted in Politik, Semasa on 5 November 2010 by Najwa Aiman

Galas Sapi atas bahu, dan letak atas Batu. Lepas tu sembelih buat kenduri. Siapalah yang kena sembelih lepas ni. Siapalah yang kenyang makan kenduri agaknya ek…? Memang raya Hindu sungguh depa… Ekekekeke…

Apa-apa hal pun, selamat memikul amanah. Selamat menunaikan janji. Jangan menipu lagi. Penipu itu munafik. Dan menipu ada kalanya membawa kepada penganiayaan. Doa orang yang teraniaya sangat makbul tau!

Untuk Hindu Sahaja

Posted in Fiqh, Sosial on 5 November 2010 by Najwa Aiman


Ya… 1Malaysia… tapi bukan 1Agama ya… Hormati mereka yang meraikan agama mereka, tapi bukan bersama-sama meraikannya. Sekadar menghormati mereka yang meraikannya. Jangan salah faham tau…