Kelakuannya, Bukan Orangnya

Amir group usrah aku suatu masa lama dulu (apa pasal? Tak percaya aku pernah join group usrah? Cet! Hampeh lu!) pernah kata “Benci pada maksiat yang dilakukan, bukan pada orang yang melakukan.” Oleh kerana masa tu aku baru je nak baligh, maka kefahaman aku agak kurang sikitlah tentang apa yang dimaksudkan. In fact, aku kutuk dia dalam hati. Mender kejadahnya tak boleh benci pada pelaku maksiat? Kalau pelaku tak buat, tak jadilah maksiat tu kan? Begitu aku fikir dulu.

Tapi kematangan (ehem… excuse my berlagak ek…) membuka cahaya yang menerangi hati dan kepala otak aku yang masih belum cukup kuning lagi masa tu. Kalau Islam suruh kita benci pelaku maksiat, jadi kenapa pula kita disuruh berdakwah ek? Kenapa tak pancung je semua orang yang buat maksiat supaya dia tak buat maksiat lagi? Kenapa mesti ada saranan dalam Islam supaya berkasih sesama manusia?

Sebabnya — pada pendapat aku yang berpendapatan rendah ni — sebagaimana maksiat berlaku kerana manusia yang melakukannya, begitu jugalah kebajikan takkan berlaku kalau manusia tak melakukannya, tak gitu? Haruskah kita pinggirkan sahabat kita yang bermaksiat? Atau harus kita dekati dia dan tarbiah dia meninggalkan maksiat?

Kalau sebab kita dekati dia, maka dia pula yang tarbiah kita agar join dia buat maksiat? Eheks… tu kita yang bodoh le namanya. Dekati dia tak apa. Tapi bila dia ajak bermaksiat, tak payah le ikut, kan? Tapi kalau kita sendiri pun jenis bermaksiat, pegang, sentuh, peluk dan cium perempuan atau lelaki yang bukan atau belum jadi isteri atau suami melalui akad nikah, tak perlu mimpi le doa kita dianggap first class ekspres yang sampai direct kepada Allah SWT, kan? Bukan ke? Ke?

10 Respons to “Kelakuannya, Bukan Orangnya”

  1. Setuju, (sbb pendapatan rendah juga)🙂

    Kalu kita terus benci pelaku maksiat, tentulah takda peluang untuk bertaubat pula, kan?

    Kalu gitu apa hal lak kita dok berkawan baik, bekerja bersama, makan semeja…

    bukan kita leh tahu pun dia buat maksiat di belakang kita…

    Kalu tahu sekalipun, tentulah tak mudah gitu gitu jer kita lak nak hukum?

    • Setuju gak! Eheks… Sebab kita disuruh amar ma’aruf nahi munkar tanpa mengira siapa. Tapi bila ada ulamak nak masuk disko buat tarbiyah, ada ulamak lain kata tu sesat… Secara tak langsung ulamak tu juga menuduh as-Syahid Hassan al-Bana sesat…Adoi laaa…

  2. Kenapa ada kelas2 nak berdoa. Berdoa je minta ampun, rahmat Allah terbuka siang malam.

  3. raznul faisu Says:

    Dulu waktu member ajak pegi usrah, gua buat-buat tidur atas katil.

  4. kawan biar seribu… tapi berpada2…. yg baik kita ikuti yg jahat jadi kan sempadan…

  5. raznul faisu Says:

    Tidur masih lagi atas tilam. Yang bertukar-tukar cuma teman tidur je. Haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: