Arkib untuk 14 November 2010

“Good News or Bad News?”

Posted in Famili, Feminin, Maskulin, Sosial on 14 November 2010 by Najwa Aiman

“Amboi amboi amboi! Ada hati ya? Tak sedar diri dah tua bangka makin dekat dengan kubur masih nak berbini lagi?” Antara spesis jawapan yang para isteri beri kepada suami yang memohon sama ada secara langsung atau secara kantoi untuk bernikah lagi. Dengan erti kata lain — “Tak bolehlah baghal!”

Sangat jarang banget teramat si isteri akan jawab atau beri respons; “Silakanlah abang. Tapi pastikan abang mampu jaga madu saya tu baik-baik dan seadil-adilnya.”

Tapi macam mana pula kalau pada satu malam yang dingin akibat hujan, sedang si suami asyik melayan anak-anaknya bergurau-senda, tetiba si isteri yang dikasihi duduk bertimpuh di sebelah. Sambil memaut lengan si suami penuh mesra (dan rasa-rasanya penuh kasih gak), maka berkatalah si isteri; “Rasa-rasanya dengan gaji abang yang baru ni, abang mampu tanggung dalam sorang dua lagi anak. Kalau abang menikah satu lagi, macam mana?”

Si suami nak jawab apa ya? Ini betul-betul ke atau cubaan nih…??? Barangkali respons dan jawapan bergantung kepada jenis spesis jantan si suami tu juga kut? Atau mungkin si suami tu tetiba pengsan? Entah-entah mati kena heart attack? Macam mana nak respons tu ek…?