Cari Yang Bernama “Janet”

Di sebuah pasar raya hari tu tetiba sahabat yang dah lama tak ketemu tapi masih bujang (tapi aku rasa masih belum sampai tahap terlajak) bertanya; “Kau nak kahwin dulu, kau cari ciri-ciri macam mana pada perempuan tu?”

Aik? Dah berhajat nak kahwin akhirnya sahabat aku ni? Semoga betullah telahan aku tu. Maka aku pun dengan confident menjawab; “Yang cantik dan menepati cita rasa akulah!” Dia pun pandang Permaisuri aku yang kebetulan masa tu berdekatan tengah dok pilih aiskrim (untuk makan tau! Bukan kulum! Cet!). Kemudian dia mengangguk. Angguk recognition ke tu? Tengkiyu… eheks…

“Yang tu cantik rupa dan juga pekerti. Kau untunglah,” dia berbisik sambil sengih memuncungkan bibir ke arah Permaisuri aku. Sekadar puji tak apa beb. Tapi kalau menaruh hati… memang nak kena kalari payat serta sepakan taekwondo penalti daripada aku! “Macam mana nak cari perempuan yang cantik?”

Hmmm… soalan macam tu kau tanya aku? “Kalau kau tanya aku, jawapan aku mesti ikut cita rasa akulah.”

“Tak apa,” kata dia. “Cita rasa kau aku suka.”

“Kau cari je mana-mana awek, tak kira bangsa apa, tapi namanya mesti ‘Janet’.”

“Hah? Nama bini kau Janet ke?”

“Bukanlah! Tapi aku rasa rata-rata awek yang namanya ‘Janet’ ni lawa! Aharks…!”

Janet Jackson - muka plastik, bahagian tubuh lain pun ada yang plastik, tapi lawa dan... ehem... ghairah!

Janet Montgomery - comel, cute, body best, dan zuriat nanti kompem muka iklan dan komersil punye!

Janet Khoo - takkan tak kenal? Dan tak setuju ke dia ni lawa? Seksi. Pandai cakap Melayu. Lembut. Marah pun nampak lembut. Boleh makan Chinese food setiap hari.

And... my personal favourite! Janet Hsieh. Perghhh... Yang ni memang menepati cita rasa beta - paras dan personaliti. Not to mention shape and figure also maaa...! So untuk Janet Hsieh ni aku bagi lebih sikit recommendation... dan gambar! Sebab sememangnya cita rasa beta! Rambut lurus, paras ala-ala Cina tapi tak nampak pure Cina, dan yang paling aku tak tahan - pahanya memang menepati figure dan shape yang membuatkan aku kecundang! Ohhh...

Ya... aku mengaku... kelemahan aku ialah paha wanita (yang menepati shape dan figure cita rasa aku le). Kalau ditayang depan mata, aku kecundang. Kompem kecundang. Nasib baik Janet Hsieh ni kat Taiwan tau... kalau tak... Hmmm... Kalau tak apa ya? Aharks!

35 Respons to “Cari Yang Bernama “Janet””

  1. Kepala jenet dia… Nak yg lawo saje.. Patut tak kawin2… Kwang3x

  2. I tak rasa apa pun bila baca pengakuan jujur BRO ni. Pengakuan seorang lelaki yang sungguhhhh jujur! Tabikk!

  3. gud lak la pada kawan lu tu…

    **kalu lu ade masa gua lepak kat sunway malam new year 2008 tu….

  4. err….aaaaa….gagaga…

    nanti gua survey tiket….

  5. Gua rasa janet khoo tu ok…Rasa…..

  6. Ala ringan2… Rasa dari jauh… He he he.. Tapi bab research gua tapi lu beb.. Semua jenis jenet klua…

    • Ringan-ringan remote control…? Isy isy isy… ni yang nostalgia nostalgila ni… isy isy isy… Nostalgia Leeds – Portsmouth… isy isy isy… dan juga UK-Malaysia… uhuhuhuu…

  7. Bagi orang Kuching , sebut jer ‘JANET’ smua cuak.Bukan sebab cuak-berahi, more like shh-jangan-sebut kinda cuak.

    Alkisahnye, ada urban legend kat Hospital Umum Sarawak,seorang wanita bernama ‘Janet’ bunuh diri (kat area wad bersalin.Konon).Sejak hari itu, area tersebut berhantu….

    Not that I’ve seen Hantu Janet in person (and tak hingin, thank you).But ramai orang yang terdampar sakit kat sana memang kata ada aura kurang menarik kat hospital tersebut.Nak mintak tolong Uncle Seekers siasat, dia dok sibuk blog pasal dia nye Affair of The Century dengan si permaisuri Siti Aishah tu.

    • Yang terdampar sakit kat sana tu semuanya mestilah orang perempuan yang nak beranak kan…? Kisah tahun bila ni ek? Kalau dia orang tau nama dia JANET mesti kisah benar ni (I meant the cerita tentang mati bunuh diri tu le).

      Pernah tak ada cerita orang bunuh diri kat masjid atau gereja atau kuil atau tokong, lepas tu jadi hantu ek?

  8. Mati dalam iman… Amin…bro lu pergi portsmouth bile ek..? Lahabau betul..! Tak ajak aku pun..kwang3x

    • Wa tak pergi Portsmouth. Wa pergi land’s End laaa… Kan lu ada sama? Yang awek tu tudungnya tercabut terbang melayang-layang sejurus keluar dari kereta tu? Siapa nama awek tu ek? Aku lupa laaa…

      Tapi yang dari Portsmouth pernah datang Leeds… eheks… aharks! Tanya Garn dan Rhosky apa tindakan pantas yang aku buat bila dia dengan kawan dia tetiba muncul depan pintu! Ekekekekekekkee… Cekap siot! Cekap!

  9. La.. Land end kita pergi sesamala.. Awek mana lak dtng umah kau ni.. Aku lupa lak… Ish..

  10. Gambar ANW tu takdela…jgn tanya dia lak.. Cepatla citer pasal p’mth.. Ape jadi.?

    • Patutlah dari semalam lagi aku dah terbau hancing. Lu kencing sama wa ek? Hampeh!

      Pasal Portsmouth tu ko nak aku citer kat sini ke? Cet…! Gilo ke haper? Tapi kan… hmmm… why not ek? By the way, nama awek Portsmouth tu aku abadikan dalam novel Antara Kau Dan Dia… hehehehehehehehe…

  11. Kencing ke tak tu biar aku dia dan … Jer yang tahu… Orang lain tak penting.. Takut terkuris….

  12. Janet yang glamour memang lawa dan dimimpikan selalu.

  13. Aku dia dan lagu …

    • Sesekali memang dengar gak rancangan tu kat radio dulu-dulu. Siapa entah nama penyampainya masa tu. Dia suka sebut ADILA – Aku Dia dan Lagu.

      • Wa jarang dengar radio.. Takde lagu yg wa suka… Setengahnya buat wa rasa tua betul sbb lagu tu top masa wa belum baligh lagi cam beat it micheal jakson.. Hu hu hu..

  14. wak terhibur…klakooo gk ekk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: