Apa Peranan Watak Ni…?

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

Kesilapan yang aku selalu buat dalam novel ialah terlalu ramai sangat watak. Dah tu, kebanyakannya pula tempelan. Biasanya berlaku begini sebab menulis dalam keadaan story flow dah hilang, tapi nak menulis gak. Bengong kan? Apatah lagi bila menulis tak berlandaskan draf cerita asal.

Maka watak tak boleh ramai sangat seboleh-bolehnya. Lagi sikit, lagi bagus. Melainkan kalau memang perlu sangat watak tu ramai. Yang penting, pada pandangan aku yang suka memandang awek ni, ialah pengembangan watak. Dalam Untuk Kau Dan Aku, kebanyakan pembaca komen tentang watak Miza yang cuma jadi penting selepas separuh cerita, sedangkan Miza tu memang sepatutnya penting dan diperkenalkan di awal cerita.

Betullah tu… Sebabnya memang plan asal tak terfikir pun nak buat Miza tu watak penting… eheks… Sebenarnya novel UKDA tu aku buat semasa aku masih belajar. Penamatnya cuma sehingga dia orang habis universiti. Tapi bila penerbit minta aku hantar manuskrip lagi selepas novel Danur Kasih terbit, aku pun kelam-kabut nak cari bahan. Atas dasar emergency, aku sambung aja UKDA tu. Ni berlaku 10 tahun selepas aku tamatkan UKDA. Aku tak ada masa nak baca balik apa yang aku dah tulis tu.

Jadi bila aku sambung, plot yang ada dalam kepala dah lain. Aku kena ubah suasana cerita dari dunia kampus Azhar, Azura, Miza, Fadri, Hisham dan Zarif kepada dunia pekerjaan dia orang. Sebab tu antara komen pembaca yang banyak aku terima ialah feeling dan iklim penulisan tu nampak berbeza antara kisah dia orang di universiti dengan selepas graduan. Salah satu sebab utamanya ialah penulisnya sendiri dah berubah le — aku. Cara pemikiran dah berubah — daripada pemikiran budak-budak (zaman belajar) ke cara pemikiran dewasa (dah bekerja hampir 10 tahun). Memanglah tak sama beb! Aharks!

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

11 Respons to “Apa Peranan Watak Ni…?”

  1. persekitaran mempengaruhi penilis jugak kan?

    apasal la si JK rowling tu leh mantain cerita dia?

    ke pasal stori dia berdasarkan fantasi dan bukan seperti tulisan uncle naj yang berdasarkan realiti kehidupan?

    • Faktor Hollywood main peranan. Semua penerbit besar tolak manuskrip pertama dia. hanya satu penerbit picisan yang terima. Tu pun sebab taukeh penerbitan tu bawak balik manuskrip tu dan anak dia baca. Anak dia baca tak berhenti sampai tak makan. Anak dia kata cerita tu best sesangat. Sebab tu penerbit tu terbitkan buku tu.

      Kemudian Hollywood jadi alat promosi…

  2. Betullah tu. Kalu dah penulisnya dah bertukar, berubah tentu sekali cara menulis pun berubah sama…

    Tapi ada juga penulis yang dapat kekalkan mood mcm orang muda/pelajar wpun dia sudah berusia, beb!

    Dlm hal ini, you masih belum berjaya nampaknya…:)

    • Yup… setuju tu. Antara skil yang masih lagi berusaha nak cari jalan macam mana nak instill dan maintain.

      • Teruskan usaha.
        Sehingga ke satu tahap, bila pembaca baca novel-novel U, baca 4,5 page jer dah tau itu adalah tulisan U tanpa perlu lihat nama penulis.

        Identiti bukan hanya dari watak, tapi gaya bahasa, lenggok penceritaan..
        I pernah jumpa sorang novelis lelaki yg tanpa tengok penulis, I dah tau dia punya. I terus collect semua buku dia (more than 15 dah)..
        Tapi, dia sudah berusia lebih 60 tahun (rasanya) dan pengalaman menulis tentulah tidak sesingkat masa..

        U pun boleh, BRO…!!

        • Identiti is not the issue la Sis… Pada hemat beta yang picisan dan dangkal ilmu ni, identity is good! Yang nak diasah ialah skil penguasaan visual pembaca. Susah nak kuasai skil ni kalau penulis masih terperangkap dengan elemen emosi.

          Tu pendapat beta yang bukan sasterawan dan penulis tahap dewa ni laaa… eheks…

          p/s: Novel lu bila nak siap beb?

  3. ”skil penguasaan visual pembaca”

    ape maksudnya nih? tak berapa paham….

    • Sowi sebab wa gunakan istilah sdn. bhd. macam ni… eheks… Ni istilah yang wa sendiri bikin. Maksudnya ialah gini — keupayaan pembaca menggambarkan secara visual apa yang mereka baca. Contoh: bila penulis bercerita tentang suatu adegan yang berlaku di tepi pantai, penulis mungkin cuba nak gambarkan suasana pantai tu — waktunya (pagi, petang, senja, malam, etc.), iklimnya (berbahang, dingin, berangin etc.), orang ramai, laut tenang, bla bla bla… Nak menulis untuk menerangkan keadaan dan suasana tu memang mudah. Tapi nak mengolah tulisan tu — prosa ayatnya, perkataan yang digunakan, kata nama dan kata sifat yang disusun, adverb dan frasa, susunan perenggan, dialog, bla bla bla… sehingga pembaca “nampak “ apa yang penulis nampak semasa dia menulis adegan tu, yang tu bukan mudah.

      Tu yang wa maksudkan sebagai skil penguasaan visual pembaca. Bagaimana penulis boleh menguasai daya visual pembaca dalam tulisannya. Sowi bro sebab wa memang banyak buat istilah sendiri…

      Wallaahu a’lam… sesungguhnya aku hanya manusia biasa…

      • Penjelasan ini sangat bermakna buat I…
        Banyak I belajar dari beberapa entri U, lately..

        Terimakasih banyak BRO..

        • Kalau rasa ia bermanfaat, maka manfaatkanlah dan kongsi-kongsi serta sebar-sebarkanlah kepada kengkawan dan sahabat-handai.

          Beta tak charge apa-apa pun.

          p/s: Wa akan tetap menunggu kehadiran novel lu di persada penulisan kreatif Sis!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: