Menamakan Watak Episod 1

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

Macam mana nak beri nama pada watak dalam novel ek? Penulis picisan macam aku ni memang rasa susah gak la nak memberi nama pada watak. Dah le aku tak gemar sangat-sangat nama-nama yang bunyi macam kayangan dan panjanng berjela, terutamanya pada watak perempuan.

Tapi ni kaedah aku le — Dalam penyifatan atau characterization, aku beri sifat dan perangai pada watak tu dulu. Dari sifat-sifat, perangai dan tabiat tu barulah aku beri identiti — lahir di mana, mak bapak siapa nama, berapa adik beradik, anak ke berapa, dan… akhir sekali… namanya. Rule aku dalam memberi nama pada watak memanglah tak sama dengan memberi nama pada anak… eheks…

Pertama sekali, watak yang dah dicipta tu akan diberi nama penuh macam nak buat IC kat Jabatan Pendaftaran Negara. Latar belakang keluarganya yang dah dicipta tadi penting. Kalau orang kampung — misalnya, bapa gembala lembu dan ibu kerja bendang — buat masa ni dan masih lagi dalam zaman la ni, tak mungkin namanya ‘Farshahidatul Asfarina’. Kalau ‘Shahidatul Aspalela’ tu ada kemungkinan, tapi jauh. Kalau ‘Shahidatul’ maka dekat sikit. Yang aku rasa paling kena ialah ‘Shahidah’ atau ‘Aspalela’.

Nota: Tapi sesetengah penerbit ada polisi yang pelik gak sebenarnya. Kalau nama penuh watak tu, misalnya, Azreen Syareena, maka kalau penulis sekadar membahasakan ‘Syareena’ dalam naratif novel, maka penerbit akan ubah kepada nama penuhnya — ‘ Azreen Syareena’. Maka penuhlah seluruh babak novel yang ada watak Syareena dengan nama ‘ Azreen Syareena’. Nasib baik dalam dialog tak guna nama penuh gak… adoi laaa…

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

30 Respons to “Menamakan Watak Episod 1”

  1. -Nasib baik dalam dialog tak guna nama penuh gak… adoi laaa…-

    letih nak menaip…haha

    • Wa memang bercadang nak tulis tentang isu ni dalam dua entri berikut (Memperalatkan Word) tapi lu sudah tanya dulu. Tak apa wa jawab sini dulu. Memang betul tu. Tapi style wa menulis, wa guna function AutoCorrect dalam Word tu. Dan wa juga salah sorang pengguna software Dewan Eja Pro 2010 (baru upgrade. Sebelum ni Dewan Eja Pro). Kalau lu serius nak menulis, dinasihatkan beli software ni. Tak sure berapa harga pasaran dia sekarang. Pergilah ke laman bersawang… eh… I mean laman sesawang dia di sini.

      Untuk function AutoCorrect tu, wa dah customize, selain daripada nama watak, perkataan-perkataan yang wa malas nak taip sebab wa rasa macam tak senonoh nak taip perkataan sama berulang kali misalnya ‘kadang-kadang’, ‘seolah-olah’, ‘sekonyong-konyong’, bla bla bla… Jadi bila wa taip ‘konyong’, maka AutoCorrect ubah jadi ‘sekonyong-konyong’. Bila wa taip ‘kadang’, AutoCorrect ubah jadi ‘kadang-kadang’. Bila wa taip ‘pydr’, teka apa yang keluar? Eheks…

      p/s: Berapa banyak emel le lu ada ni bro…? Aharks…

  2. Bro… Nama gua..? Lu bila lagi nak guna nama gua..? Tak glamer? Cit.. Kwang3x

  3. Orng tua? .. He he atuk like..

  4. software tu mane nak carik….ah keong ade jual ke?

    tang email tu satu hal rasmi satu lagi untuk segala macam kejahatan kat muka bumi yang ada

  5. Bro lu asyik menaip jer tak penat otak ke..? Bila nak tt seperti yg diunjurkan

  6. Selamat memborong..

    • Permaisuri aku kata tak jadi. Dia nak buat biskut. Biasanya aku kena jadi assistant chef kalau dia buat biskut atau kek tapi kali ni tak perlu sebab Putera Puteri aku semua dah jadi assistant chef dia. Nak ajar dia orang kerja dapur katanya. Best! Wa boleh lepak dan tunggu makan jek! Aharks…!

  7. Entri ini sangat berguna buat I…(yg konon-konon sedang dok tulis novel tak siap-siap!)

    thanks BRO!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: