Menamakan Watak Episod 3 – Natijah Elemen Emosi

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

Dalam siri Menamakan Watak Episod 2 – Elemen Emosi, aku kata menamakan watak dalam novel mengikut emosi kita tu amalan yang kurang baik. Sebabnya? Well, mengikut pandangan rabun Najwa Aiman, menamakan watak berdasarkan emosi (identiti yang kita suka banget yang dah lama melekap dalam memori kepala otak kita) akan mengakibatkan natijah berikut—

Watak Klise Penulis
Maknanya, kalau penulis tu hasilkan 10 buku sekalipun, maka dalam kesemua buku dia tu mesti ada watak tu. Mungkin namanya berbeza, tapi percayalah, perangai, sifat, tabiat, malah deskriptif watak tu sama jek! Macam Yusoff Haslam ambil Awie berlakon mana-mana pun jua filem arahannya.

Cerita Klise Penulis
Biasanya nama dari elemen emosi datang bersama-sama kisah tertentu yang mendorong nama tu. Kisah tu pun akan jadi klise dalam semua buku penulis. Bacalah buku mana pun, watak tu wujud, dan kisah yang berlingkar pada watak tu lebih kurang je isunya. Again, macam Yusoff Haslam ambil Awie berlakon dalam mana-mana pun jua filem arahannya.

Contoh Penamaan Watak Dari Elemen Emosi
Dalam siri Menamakan Watak Episod 2 – Elemen Emosi, aku secara tak sengaja telah bercerita detail tentang nama ‘Azlina’. Nama ni memang ada elemen emosi. Dalam semua hasil tulisan aku sebelum penerbitan, watak gadis idaman semuanya bernama ‘Azlina’, dan penyifatan watak tu pun mencerminkan ‘Azlina’. Bila sebahagian karya-karya tu nak diterbitkan, dalam proses transformasi dari tulisan cakar ayam serta cakar harimau ke bentuk Word, nama watak ‘Azlina’ aku ubah ke nama lain supaya natijah Watak Klise dan Cerita Klise tak timbul. Personally, aku rasa percubaan tu — at least pada pandangan akulah — gagal sebab dalam setiap novel Najwa Aiman, walaupun nama ‘Azlina’ tak wujud langsung dalam mana-mana novel tu, tapi deskriptif gadis watak utama masih klise. Masih tipikal dalam setiap novel. Masih sama. Masih ‘Azlina’

Gadis itu berseluar jean ketat, berkemeja-t putih tanpa kolar dan berlengan pendek, mendedahkan lengannya yang berbulu roma halus yang selama ini membuatkan Izany khayal dibuai angan-angan di atas tren. Rambutnya lepas lurus menutup telinganya, hampir mencecah bahu. Sesekali rambut itu berjuraian apabila ditiup kipas yang laju berputar di siling. ~ BAHANG SELATAN.

Lengan lelaki itu mendesak memorinya mengenang kembali jari-jemari Rizmal yang keras membelai helaian rambutnya yang lurus dan terurai. Jari-jemari itulah yang mengungkai helaian rambut yang mengurai menyapu sebahagian mukanya. Jari-jemari dan telapak tangan Rizmal jugalah yang membelai dan mengusap wajahnya, menjelajah lembut dan perlahan-lahan, antara menyentuh dan tidak ke atas kulitnya yang halus dan sensitif. Jari-jemari itulah yang langsung mengembara ke bahunya yang putih, terdedah kerana pakaiannya sudah diselak oleh Rizmal. Jari-jemari dan tangan itu kemudian meneruskan penjelajahan ke lengannya pula, berkhemah sebentar di situ sambil mundar-mandir merasai kehalusan sentuhan bulu roma halus lengan Ilyana di hujung pancaindera jari Rizmal, memercikkan satu perasaan yang tidak terungkap yang menggunungkan lahar kehendak di hati Ilyana. ~ ANTARA KAU DAN DIA.

Sering memakai reben biru menjadi cekak di atas kepalanya, diikat di belakang tengkuk yang tersembunyi di sebalik rambutnya yang lurus separas bahu. Berkulit kuning langsat, bermata bundar dengan bulu mata yang panjang… ~UNTUK KAU DAN AKU

…Ditenungnya gadis berambut keperangan dan pendek separas pangkal leher yang sedang duduk bersebelahan sambil memerhatikannya dengan tenang. Ditatapnya wajah Azura yang berkulit kuning langsat, pada lengannya yang terdedah hingga ke siku menampakkan susunan bulu roma yang halus, pada keningnya yang sederhana lebat memayungi alis matanya yang panjang, pada bibirnya yang merah. ~ UNTUK KAU DAN AKU.

Matanya membulat dan dia bungkam merenung wajah Anis dan seluruh diri Anis dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hidung Anis yang agak tajam dan mancung sedikit, bulu matanya yang lentik, tahi lalat pemanis di pipi kanannya, bulu roma halus di lengannya, kuku jari tangannya yang besar. ~ KASIH KITA

Nampak tak? Memang bukan sepenuhnya deskriptif yang sama digunakan dalam setiap buku, tapi mesti ada elemen tertentu yang sama dalam setiap buku! Tu masalahnya kalau menamakan watak menggunakan elemen emosi. Watak Klise. Perhatikan nama watak—

  • Ilyana (Yana) / Idayu (Ayu) / Aliza (Liza) – Antara Kau Dan Dia
  • Anis Suziana (Anis) / Azreen Syareena (Reen) – Kasih Kita
  • Azura (Zura) – Untuk Kau Dan Aku
  • Zarina (Ina) – Bahang Selatan

Siapa berani kata sebutan nama watak-watak tu tak ada cerminan sebahagian nama ‘Azlina’? Eheks…

Mujur lagi, tak seperti Watak Klise, faktor Cerita Klise lebih mudah dikawal dan diolah, sebab tak seperti watak, cerita tak wujud sepenuhnya dalam bentuk visual yang tetap. Senario dan suasana berubah-ubah mengikut cerita. Tapi watak — wajah, deskriptif — yang ni lebih visual dan lebih kekal sifatnya. Maka ia lebih mempengaruhi. Mujur lagi perangai dan sifatnya seperti cerita — boleh berubah mengikut senario, suasana dan emosi adegan.

p/s: No! Aku memang tak masukkan deskriptif paha ‘Azlina’ dalam novel kecuali pada senario dan adegan yang perlu saja walaupun paha memang anatomi wanita yang bisa buat aku tersungkur… Cet!

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

15 Respons to “Menamakan Watak Episod 3 – Natijah Elemen Emosi”

  1. Wey.. Potong stim la lu.. Mcm dah siap semua tetiba klua iklan… Takpun nak on.. Target kata red flag.. Kwang3c

  2. I akan baca nanti, bila ada masa lebih. Skang ni kejar masa, anak2 dara I yg bercuti dah nyempat2 nak online plak pasni…

    Btw, I tau, semua tu pasti ada info berguna buat I; budak baru belajar…

  3. Tu perumpamaan daa…

    • Sori Berlori BRO…
      Gua ni kalu umpama-umpama ni gua slow skit..:) apathah lagi yang ada ala-ala kelucahan melampau gitu.

      Gua suka direct…

      • Kebanyakan lelaki yang wa kenal memang suka perempuan jenis yang tak berapa suka foreplay lama-lama ni tau… uhuk!

        p/s: Wa jenis yang suka foreplay lama-lama… Suka torture awek… fuuuhhh… lazatnya awek yang kena torture gitu…

  4. gua memula nak komen awal awal tapi gua padam…

    pasal gua budak lagi………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: