Skil Penguasaan Visual Pembaca

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

Aku tak pasti kalau istilah ni wujud sebab istilah ni bersifat sdn. bhd. — aku cipta ikut suka hati aku jek… eheks…

Maksudnya gini — keupayaan pembaca menggambarkan secara visual apa yang mereka baca. Contoh: bila penulis bercerita tentang suatu adegan yang berlaku di tepi pantai, penulis mungkin cuba nak gambarkan suasana pantai tu — waktunya (pagi, petang, senja, malam, etc.), iklimnya (berbahang, dingin, berangin etc.), orang ramai, laut tenang, bla bla bla… Nak menulis untuk menerangkan keadaan dan suasana tu memang mudah. Tapi nak mengolah tulisan tu — prosa ayatnya, perkataan yang digunakan, kata nama dan kata sifat yang disusun, adverb dan frasa, susunan perenggan, dialog, bla bla bla… sehingga pembaca “nampak” apa yang penulis nampak semasa dia menulis adegan tu, yang tu bukan mudah.

Biasanya pendekatan aku ialah membayangkan adegan tu seolah-olah sebuah adegan dalam filem. Kalau aku pengarahnya, dari perspektif mana aku nak letak camera, berapa luas skop shot yang aku nak liputi, sound effect apa yang aku mahu penonton dengar, bla bla bla… Dan dari situ, aku akan cuba tulis berdasarkan apa yang aku visualkan tadi. Kekadang menjadi, kekadang boleh buang je dalam perigi.

Tapi aku tak gunakan Penguasaan Visual Pembaca dalam semua penulisan. Bukan dalam semua babak dan adegan. Aku cuma gunakan bila aku fikir gambaran suasana untuk babak tu penting sebab ia boleh mempengaruhi persepsi dan emosi pembaca untuk adegan tersebut.

Siri penuh entri kategori ini di halaman NáJWá áíMáN

14 Respons to “Skil Penguasaan Visual Pembaca”

  1. Inilah satu perkara penting yang I kena ingat betul, dan terus belajar bila nak buat karangan nanti.. ewah!

    Tapi kalu adegan bulan madu or gambaran malam pertama, takkanlah nak tulis secara detail semata-mata nak bagi visual yg jelas pada pembaca, ye tak??🙂

  2. La lu tanya dia.. Sure dia kata ver detailed…

  3. dan adalah sukses bila orang dapat rasa feel yang cuba digambarkan….

    maknanya mona gersang berjaya meng…….

  4. manusia kebanyakan memang berfikir secara visual kecuali cacat. Cuba test kalau kita telefon orang dan tanya arah tempat. biasanya kita boleh bayangkan landmark tetapi kalau orang cacat visual…..dia akan mintak benda ni…..”kau datanglah sini aku memang tak tahu nak ke sana”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: