Tentang Lina (siri 2) – Inilah Aku

Sambungan dari sini.

Jadi sehingga aku masuk ke sekolah menengah rendah, aku tak pernah ada awek steady yang bernama ‘Azlina’ mahupun yang ada bunyi ‘Lina’ termasuklah yang ada abjad tambahan sebelum huruf ‘A’ di depan namanya tu — ‘Mazlina’ ke, ‘Fazlina’ ke, bla bla bla… Yang ada, hanyalah ‘Azlina’ (bukan ejaan sebenar… eheks… Kid lu jangan kasi pecah lubang kat sini haa…!). Tu pun bukan awek sepenuhnya tau. Maksud aku dia memang awek aku tapi dia tak anggap aku balak dia laaa… adoi laaa…

Macam aku ceritakan tadi, sebelum aku berhambus dari sekolah rendah aku dulu, aku sempat jumpa dia sekejap. Dalam sekejap tu pun sempatlah juga dapatkan nombor telefon dan alamat rumah dia dan juga tarikh lahir dia. Al-maklumlah zaman tu belum ada emel. Perkataan ‘Internet’ pun belum wujud lagi masa tu dalam dunia ni. Jadi berbekalkan alamat rumah dia tu, aku dapatlah mengutus satu scrap book buatan sendiri sempena hari jadi dia kalau tak silap. Scrap book ni sebenarnya helaian kertas kajang yang aku jilidkan dan di dalamnya aku tulis lirik lagu popular yang agak berkarat jiwangnya, lirik lagu yang aku reka sendiri dengan cara mengubah lirik lagu popular sedia ada (nasib baik tak ada orang saman aku), dan… ofkoz… puisi. Ya, memang sejak tingkatan 1 lagi aku dah gatal tulis puisi. Dan no, aku rasa aku tak simpan puisi-puisi yang aku tulis sejak zaman tu.

Di luar jangkaan, sungguhpun definitely bukan di luar harapan, aku terima balasan daripada ‘Azlina’. Suratlah juga. Sehelai. Masih simpan? Ekekekekke… well… yes… ehem! Apsal lak? Dah memang aku dilahirkan sebagai spesis sentimental, nak buat macam mana? So apa yang ‘Lina’ tulis dalam tu? Well… kepala hotak hang! Mana boleh bagi tau! Brengsek!

Aku cuma boleh bagi tau satu perkara — rasa-rasanya scrap book aku tu memang dah betul-betul jadi scrap… adoi laaa…

Bersambung…

20 Respons to “Tentang Lina (siri 2) – Inilah Aku”

  1. alah alah jiwangnye dia…..

    • Sesungguhnya jiwang itu indah… ohhh…

      Gefren wa dah menikah tadi. Malam ni dia mesti syok beromen walaupun tak boleh jolok sebab dia masih period. Walau bagaimanapun dalam minggu depan period dia sepatutnya kering dan keadaan nafsu perempuan ketika itu amatlah memuncaknya. Mesti belasah habis nanti tu.

      Harap-harapnya laki dia tak menjadikan ketiadaan daranya sebagai isu…

  2. Layaannn…semua orang ada crita cinta silam.. Kisah cinta yg akan dibawa ke lubang lahad. Cinta yg tak kesampaian. Hampir dua dekad tapi buat kesekian kali nya terasa macam baru semlam ku dengar crita ini. Umpama hikayat arjuna dan sita. Agungnya cinta arjuna yg sanggup memburu cinta sita walau ke hujung dunia, merempuh segala bota dan kota..

    • Masa kadangkala menjadi musuh kita yg muktakir.. Masa yg memisahkan arjuna dari sita dan masa menemukan kembali sita kepada arjuna. Masa telah mengubah segala. Andai masa bisa diundur arjuna pasti sita tidak arjuna lepaskan, walau nyawa menjadi taruhan. Aku menjadi penonton episod cerita cinta ini, yang bagiku adalah yg teragung mwngalahkan epik rumi dan juli..

      • Walaweh…!!! Tahap dewa punya bahasa nih! Takut pulak aku tetiba kau berubah mode macam ni…

        Tapi maceh bro sebab anggap kisah cinta aku ni agung. Sejujurnya aku sendiri pun takut masa tu kalau-kalau aku dapat apa yang aku nak. Aku rasa aku boleh mati menjaga dia…. Isy… takut aku….

    • Kisah cinta lu beb…? Hehehehe…

      • Ya ya.. kisah cinta lu mana beb?

        • Masa remaja wa mat rock cintan cintan ni tak main… Lagipun masa tu semua aweks yg wa suka takde satu pun yg suka kat wa.. Dari mrsm sampai msm sampai grad. Hu hu hu… Kwang3x. Yg plg wa suka si budak kelantan tu. Tapi masa wa simpan jer sampai skg. Syok sendiri… He he he.

          • Bro… malam tadi wa dah buat pertimbangan menggunakan skala yang sudah ditentuukur dan calibrated menggunakan akal fikiran yang angau dan meroyan, maka wa buat keputusan untuk membongkar cerita lama… uhuk!

            Tak tau le keputusan ni bongok ke tak…

            Errr… lu bila nak bongkar?

        • Isy… sabar le cik kak oiii… Hal emosi tak boleh dipaksa-paksa tau! Aiyooo… tak tau lagi ke…? Cewah… eheks…!

          • He he bongkar, korek.. Bagus.. Bagus… Kau nampak itu pintu besar… Kwang 3x. Wa tengah bongkar koleksi cd nak cari kayu nak cari kayu… Eh nak cari citer p ramlee ..citer yg dua dekad lalu.. Kenangan yg indah bro..

  3. Cinta ni subjektif… tulis sebaris jadi serangkap..

    baik aku jangan tulis.. nanti tertulis kisah sendiri. Ahask!🙂

    • Marah, benci, geram pun boleh jadi seperenggan, sehalaman malah senovel walaupun asalnya nak tulis separuh beb!

      Apa saja berkaitan emosi ialah subjektif. Masalahnya, orang kata ‘subjektif’ bermaksud ‘terpulang masing-masing’ sedangkan emosi mesti tertakluk kepada tindakan dan perbuatan orang lain. Camne tu?

      • ..tertakluk kepada tindakan dan perbuatan orang lain?…

        pasti akan ada sebab dan alasan juga, kan?

        • Betul tu.. For every action, there will be reaction…wa tak reti structure novel ni.. So just hentam sajala labu..

        • Yup… sebab dan alasan tu adalah tindakan atau tindakbalas yang boleh berpunca daripada banyaaaaaaaakkkkk sumber dan elemen — orang lain mahupun diri sendiri.

          • Apa2 pun bro.. Gua support lu.. Cuma ingatlah orang tersayang.. Kita mampu mengubahnya cm iklan la pulak..

          • Sebab ingat le aku tulis pasal dia ni… Errr… Ke salah konsep ni ek…? Hmmm… Ekekekekekeke…

            Dun worry bro. I know what you meant. Ofkoz aku sentiasa ingat orang yang dicintai dan dikasihi. Mana mungkin Adzam mengabaikan mereka… kan? Bukan ke? Ke?

          • Bagus bagus… Wa caya lu.. Rock on.. Alam maya dan alam realiti… Konfues gua.. Kui kui kui..

  4. […] Siri ini telah dijadikan siri novel TENTANG LINA yang dirancang untuk dikeluarkan dalam versi novel (yang pendekatan dan gaya bahasanya berbeza sedikit daripada versi dalam blog ni). Sambungan berikutnya bagi siri ini di blog ini ialah dalam entri Tentang Lina (Siri 2) – Inilah Aku. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: